Lelaki Ini Kongsi Cara Buat Telur Dadar Tembam, Kembang Molek Kejadiannya

Imej
https://ift.tt/iyzkhrf Sesiapa pun pasti seronok jika dapat makan Telur Dadar yang gebu bersama nasi putih. Jadi, kami nak kongsikan tentang cara membuat Telur Dadar yang tebal dan puas dimakan. Nak lebih menarik, Telur Dadar boleh juga dimakan begitu saja dengan menjadikannya seperti telur gulung. Selain itu, ia boleh dijadikan sampingan kepada nasi goreng . Kami baru saja dapat tahu terdapat cara buat Telur Dadar yang menarik untuk hasilnya jadi tebal dan kembang dikongsikan oleh Wan LuQman di Facebook. Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat Telur Mata Kerbau, Ramai Cuba Dan Menjadi! CARA MEMBUAT TELUR DADAR Bahan-bahan: Telur Garam Ajinomoto Air Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, campurkan telur, garam, ajinomoto dan sedikit air. 2. Selepas itu, pukul adunan sekuatnya dengan menggunakan garfu dalam mangkuk melengkung. 3. Kemudian, sengetkan mangkuk dan pukul selaju yang mungkin selama 15 saat. 4. Seterusnya, panaskan minyak dan pastikan jangan terlalu banyak ata...

Cara Sangai Tepung Gandum Tanpa Kuali, Buat Pakai Oven Jadi Tahan Lama!

https://ift.tt/0F7yq2u

cara sangai tepung gandum

Salah satu tips untuk buat biskut yang sedap adalah tepungnya disangai dahulu. Selain menggunakan kuali, ada cara sangai tepung gandum yang lebih mudah di rumah.

Sangai dalam masakan bermaksud menggoreng dalam kuali tanpa minyak dengan api perlahan dan sentiasa digaul supaya tak hangit. Biasanya, orang dulu-dulu yang gunakan cara ini.

Jika anda sangai rempah-ratus seperti biji ketumbar, jintan manis, jintan putih, lada hitam, lada putih, badam, kacang dan sebagainya, hidangan yang berempah akan jadi lebih beraroma.

Bagi tepung gandum pula, orang dulu-dulu akan sangai untuk buat kuih, kek dan biskut yang tahan lama. Namun, caranya agak tradisional dengan menggunakan kuali dan dapur.

Oleh disebabkan cara ini agak renyah dan memerlukan masa dan tenaga yang banyak, kami cuba cari cara sangai tepung gandum yang lebih mudah di media sosial.

Akhirnya, kami terjumpa cara menarik yang dikongsikan oleh Muhamad Farid Omar di Facebook dan sangat berguna untuk anda praktikkan. Jom kita tengok caranya!

Baca juga: Cara Cuci Telur Itik Sampai Putih Bersih Dengan Mudah, Tak Perlu Sental Banyak Kali

CARA SANGAI TEPUNG GANDUM

cara sangai tepung gandum

1. Mula-mula, panaskan oven dengan menggunakan suhu 160ºC.

2. Selepas itu, ayakkan tepung gandum dan masukkan ke dalam loyang acuan kek.

3. Kemudian, terus bakar tepung itu dalam oven lebih kurang 20 minit.

cara sangai tepung gandum

4. Keluarkan tepung dan ambil sudu, kemudian kacau sampai tepung itu berderai sebab apabila bakar, tepung itu jadi agak keras dan berketul.

5. Seterusnya, tunggu sampai tepung sejuk dahulu.

6. Akhir sekali, ayak lagi sampai ketul-ketul tepung itu hilang. Siap untuk digunakan!

Setelah menggunakan cara sangai tepung gandum ini, anda akan dapati ia menjadi ringan, rangup dan tahan lama. Tambahan pula, ia membantu kek dan biskut anda jadi lebih sedap.

Manalah tahu tiba-tiba dapur gas habis, bolehlah pakai cara sangai dengan oven ini. Bukan saja mudah, malah jimat masa dan tenaga.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Muhamad Farid Omar

Baca juga: Cara Rebus Sagu Besar Yang Jimat Gas, Confirm Jernih Dan Sebiji-Sebiji Elok!

The post Cara Sangai Tepung Gandum Tanpa Kuali, Buat Pakai Oven Jadi Tahan Lama! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg