Resepi Daging Masak Hitam, Gaul Dengan Bawang Goreng Baru Sedap Menyengat!

Imej
https://ift.tt/2p1LYrZ Sebelum menyambut Hari Raya yang bakal tiba, kenalah cuba kemahiran memasak dahulu. Jadi untuk lauk berbuka hari ini, anda boleh masak resepi Daging Hitam yang sedap. Daging Masak Hitam terkenal dengan rasanya yang kaya dan sedikit pedas. Biasanya, ia dimasak menggunakan potongan daging yang empuk dan dimasak perlahan bersama rempah. Jaja Noriza telah kongsikan rahsia dalam resepi Daging Hitam di Facebook yang ternyata mendatangkan hasil sungguh lazat tak terhingga. Jom kita cuba! Baca juga: Air Asam Daging, Lauk Tunggu Gaji Ini Buat Orang Terliur Hirup Kuahnya RESEPI DAGING HITAM Bahan-bahan: 1kg daging (diperap dengan kicap pekat, kicap manis dan sedikit gula) 1kg bawang goreng (lebih sedap bawang digoreng sendiri, guna bawang kecil lebih sedap) 1 senduk cili kisar (jika suka pedas , boleh lebihkan) Kicap pekat Kicap manis Air asam jawa Kicap masin Garam dan gula secukupnya Air Minyak masak (untuk menumis) Cara-cara memasak: 1. Mula-...

Jangan Abai Pendidikan Untuk Anak Istimewa, Bangga & Teruskan Usaha Besarkan Mereka Jadi Terbaik!

Anak istimewa atau anak yang berkeperluan khas merupakan anak syurga yang dianugerahkan kepada ibu bapa yang terpilih. Mereka adalah amanah yang terindah dihadiahkan oleh Allah SWT.

Justeru itu, bagi membantu ibu bapa yang memiliki anak istimewa, Doktor Rozanizam Zakaria ada berkongsikan beberapa tips sebagai rujukan anda. Semoga tips ini dapat membantu anda semua.

Baca juga: Dua Pusar Tanda Anak Banyak ‘Akal’, Tunggu Dulu Kalau Nak Cakap, Ketahui Fakta & Mitos Ini Dahulu

ANAK ISTIMEWA TAK KIRA APA JUA KEADAAN

anak istimewa

Memang susah untuk cari istilah yang sesuai menggambarkan anak-anak anugerah Allah ini. Namun secara asasnya, tips ini khusus buat ibu bapa yang mempunyai anak yang berkeperluan khas, tidak kira apa juga keadaan.

Contohnya ADHD, dyslexia, autism, intellectual disability, cerebral palsy atau apa juga keadaan yang memerlukan penjagaan khusus.

10 TIPS UNTUK IBU BAPA ANAK ISTIMEWA

1. BELAJAR

Pastikan anda faham diagnosis anak anda. Dapatkan penilaian dan maklumat daripada doktor yang merawat.

Dapatkan maklumat sepenuhnya, secara berperingkat, sama ada secara langsung dari doktor atau bacaan yang tepat. Ini termasuk dalam hal rawatan dan pemeriksaan susulan.

2. DAFTARKAN

Bagi anak yang sudah atau akan bersekolah, pastikan anak didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (borang khas JKM yang ditandatangani doktor) sebaiknya pada usia pra-sekolah.

Ini penting untuk pastikan anak dapat keistimewaan yang dikhususkan untuk mereka seperti elaun khas atau kemasukan ke pendidikan khas.

3. SEKOLAHKAN

Bincang dengan doktor dan cikgu tentang penempatan sekolah (akan ditentukan oleh JKN setelah borang diserahkan) iaitu sama ada kekal aliran perdana, aliran khas integrasi atau pusat dalam komuniti.

Dalam keadaan macam mana pun anak anda, jangan abaikan pendidikan anak.

4. BETULKAN PERSPEKTIF

Letakkan situasi pada perspektif yang tepat. Fahami bahawa tingkah laku dan keadaan anak anda adalah disebabkan kondisi perubatannya dan bukan sekadar ‘perangai’.

Jangan rasa malu atau marah dengan perbuatannya. Suatu hari, bila mereka dewasa, ia mungkin akan jadi kenangan yang manis untuk anda.

5. PILIH PERTARUNGAN

Jangan terlalu tertekan dengan perkara yang kecil. Ada kalanya, jalan terbaik ialah berkompromi daripada menimbulkan persengkataan besar.

Ada kala anda terpaksa mengalah bila mereka tak mahu makan atau pakai baju warna oren atau duduk di kerusi.

anak istimewa

6. JANGAN ABAIKAN SISI POSITIF

Kekalkan sisi positif anak anda. Tidak kira betapa sukarnya menjaga dia, pasti ada sisi indah dalam kehidupannya.

Tuliskan semua perkara positif tentang anak anda dan lihat semula tiap kali anda berasa terlalu tertekan. Contohnya, setiap kali dia buat salah, mesti dia datang peluk ibunya selepas itu.

7. JAGA DIRI

Jaga kesihatan anda. Anda adalah orang yang paling penting dalam hidup anak anda. Maka, anda perlu kekal sihat dan kuat untuknya.

Dapatkan rehat dan tidur yang cukup, jumpa doktor bila sakit dan dapatkan bantuan bila perlu. Jangan jadi hero.

8. JAGA RUTIN

Tetapkan rutin yang konsisten seperti waktu makan, bermain, tidur, keluar rumah. Anak istimewa mudah terkesan dengan perubahan rutin.

Permudahkan urusan mereka dan jangan libatkan mereka dengan terlalu banyak aktiviti dalam sehari.

9. BERSIFAT REALISTIK

Tetapkan jangkaan yang realistik sesuai dengan kemampuan anak anda. Jika anak anda ada masalah autism, dyleksia dan learning difficulties, jangan paksa mereka jadi engineer/doktor/arkitek bila besar nanti.

Biar mereka explore minat dan kemampuan mereka.

10. CIPTA MAKNA KEJAYAAN SENDIRI

Cipta makna kejayaan bagi anak anda sendiri. Seperti kata guru saya, ada kalanya, ada seorang ibu perlu realistik dan berpada dengan meletakkan tanda aras berjaya bila anaknya boleh solat, mengaji dan berdikari sendiri.

Tak jadi pelajar harapan sekolah pun tidak apa. raikan kemampuan mereka dan jangan terlalu fokus kepada apa yang mereka tidak mampu lakukan.

..dan yang paling penting, berbaik sangka dengan Allah. Setiap yang diatur olehNya adalah yang terbaik untuk masa lalu, masa kini dan masa akan datang. Jangan putus asa untuk terus berdoa, agar Allah memelihara mereka ketika kita ada dan nanti bila kita tiada.

Sebahagian tips diolah dari tulisan Smith & Segall, 2015.

Sumber: Facebook Dr Rozanizam Zakaria

The post Jangan Abai Pendidikan Untuk Anak Istimewa, Bangga & Teruskan Usaha Besarkan Mereka Jadi Terbaik! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!