Bayi Usia 12 Bulan Ditemui Merangkak Tepi Lebuh Raya, Si Abang Sudah Dibunuh Ibu Sendiri
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Sejak kebelakangan ini, banyak kes melibatkan kecuaian dan pengabaian anak yang sering berlaku. Puncanya berkemungkinan datang dari masalah stres melampau dan tahap hidup terlalu tinggi. Seperti kisah tragis terbaharu apabila seorang bayi merangkak seorang diri ditemui di tepi lebuh raya!
Mengejutkan, namun kisah penemuan ini membawa kepada episod lain yang turut menyayat hati. Tak sangka, ibu kandung tergamak melakukan hal sebegini…
Baca juga: Cantik Dipandang Tapi Tak Halal, Ini Cara Pilih Pinggan Mangkuk Ada Label ‘Bone China’
DISANGKA PATUNG, RUPANYA BAYI MERANGKAK TEPI LEBUH RAYA!

Foto: Lokasi bayi merangkak- Sinar Plus
Kejadian berlaku apabila seorang lelaki yang baharu sahaja selesai membuat penghantaran barang kurier dan sedang dalam perjalanan menuju ke lokasi seterusnya ketika dia terlihat sosok seperti anak patung sedang merangkak di tepi lebuh raya.
Dengana pantas, dia yang juga merupakan seorang pemandu treler itu terus menghubungi talian kecemasan 911. Menurutnya, bayi itu terus duduk dan tersenyum apabila melihatnya.
“Dia kemudiannya cuba bangun dan mula menangis serta menuju ke arah saya. Dia terus berhenti menangis apabila saya memegang tangannya.”
Meksipun ditemui dengan kesan gigitan serangga penuh di seluruh badannya, namun bayi berkenaan dilaporkan stabil dan digelar miracle baby. Lebih mengejutkan, ramai tertanya-tanya bagaimana sekecil berusia setahun itu boleh selamat seorang diri selama dua hari memandang kawasan itu dilanda ribut.
Lapor AP News, penemuan tersebut akhirnya menamatkan misi mencari dan menyelamat pihak berkuasa tempatan yang sebenarnya sedang mengesan keberadaan mangsa. Ini kerana operasi tersebut dijalankan selepas seorang kanak-kanak berusia empat tahun bernama Legend dipercayai abang kepada bayi itu yang ditemui lemas di sebuah tasik.
DISANGKAKAN TELAH MATI

Foto: Bayi yang ditemui – Sinar Plus
Menurut laporan polis, bayi yang bernama Kingtrail berkenaan dikatakan tidak berada di tempat kejadian selepas dipercayai dibunuh ibu kandungnya sendiri, Aaliyah Jack, 25. Kali terakhir mereka berdua dilihat bersama ibunya di kawasan rekreasi.
Bagaimanapun, hanya jasad si abang saja ditemui terapung di dalam tasik. Pada masa sama, pihak berkuasa juga berjaya menangkap wanita tak berperikemanusiaan itu kira-kira 563 kilometer dari tempat mayat mangsa.
Apa yang melegakan adalah, bayi ajaib yang ditemui merangkak itu itu kemudian diserahkan kepada pihak kebajikan untuk dijaga buat sementara waktu manakala ibunya berdepan dengan pelbagai tuduhan termasuk membunuh.
*Kejadian menyayat hati ini berlaku di New Orleans, Amerika Syarikat namun, tidak terkejut boleh berlaku di Malaysia juga kalau ibu bapa terus melakukan penganiayaan dan pengabaian kepada anak-anak sendiri.
Baca juga: 7 Tragedi Culik dan Bunuh Kanak-Kanak Pernah Menggemparkan Malaysia, Sebak..
Sumber: Sinar Plus
Foto contoh: Kumparan.com
The post Bayi Usia 12 Bulan Ditemui Merangkak Tepi Lebuh Raya, Si Abang Sudah Dibunuh Ibu Sendiri first appeared on SirapLimau.com.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan