Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Jatuh Kerusi Akibat Ditarik Rakan Sekolah, Kanak-Kanak Derita Sakit Tulang Belakang

Perbuatan dan tingkah laku nakal dalam kalangan murid sekolah semestinya tidak dapat dielakkan. Tingkah laku nakal ini masih boleh diterima sekiranya tidak menimbulkan sebarang masalah atau kecederaan kepada orang lain. Namun, tidak kepada  seorang kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun ini yang menderita sakit tulang belakang.

Penderitaan sakit tersebut berlaku hampir setahun kerana komplikasi kecederaan tulang belakang akibat terjatuh selepas kerusi yang ingin didudukinya itu akibat ditarik oleh kenalan sekolah.

Baca juga: “Rasa Nak Hempuk Buku!”- Bapa Marah Subjek Matematik Sekolah Rendah Terlampau Susah

DERITA SAKIT TULANG BELAKANG, KAWAN SEKOLAH TARIK KERUSI

sakit tulang belakang

Kejadian yang menimpa murid sekolah rendah itu dikongsikan oleh ibunya, Azera Yazid, 36 menerusi platform akaun TikToknya, @azera5276. Menurut perkongsian tersebut, kehidupan mereka sekeluarga berubah 360 darjah selepas insiden yang berlaku pada tahun lalu itu, selain turut memberi kesan kepada perkembangan anaknya.

Azera berkata, keadaan anaknya, Puteri Nor Atiqah atau dipanggil sebagai Kak Iqa itu kini masih lagi perlu menjalani rawatan dan selalu dimasukkan wad sekiranya diperlukan.

“Disebabkan jatuh tempoh hari, Kak Iqa mengalami patah tulang coccyx, ‘disc bulge’ dan ‘bone bruise’.

Menerusi laman Tiktok ibunya, anaknya yang dipanggil ‘Kak Iqa’ itu dilihat masih memerlukan rawatan dan dia juga ada gangguan emosi, maksudnya kesan trauma dari insiden di sekolah itu masih ada. Ini menyebabkan anaknya berada takut untuk bertemu dengan orang luar.

Hubungan Kak Iqa dengan adik beradik sekarang pun sudah kurang, dia banyak duduk dalam bilik dia sendiri sahaja,” katanya dalam laporan Sinar Harian.

Dalam pada itu, ujar Azera, dia berharap agar keadaan kesihatan anak sulungnya itu bertambah baik dan dapat pulih sepenuhnya. Menurutnya lagi, buat masa sekarang, kes ini sedang berjalan di mahkamah.

“Saya harap dia makin okay tetapi yang paling penting adalah emosi dia. Sebab harap dia dapat tenangkan dirinya,” ujarnya.

sakit tulang belakang

*Jadi, tolong nasihatkan anak-anak yang masih bersekolah supaya tidak bergurau melebihi batas ya. Hal ini boleh mengundang masalah kalau dibiarkan begitu sahaja.

Baca juga: 6 Kaedah Buli Ini Paling Popular Berlaku Di Sekolah Asrama, Yang Akhir Sekali Paling Kejam!

Sumber: Sinar Harian

The post Jatuh Kerusi Akibat Ditarik Rakan Sekolah, Kanak-Kanak Derita Sakit Tulang Belakang first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!