Cara Masak Mee Bandung Simple Berkuah Pekat, Masukkan Bahan Rahsia ‘Ini’

Imej
https://ift.tt/46lLDaW Musim hujan pada waktu petang membuatkan ramai teringin berbuka puasa dengan hidangan berkuah yang hangat. Oleh itu, anda boleh cuba cara masak Mee Bandung yang simple ini. Mee Bandung adalah hidangan mee paling popular di Malaysia yang berasal dari Johor. Gandingan mee kuning bersama telur dan kuah pekat mampu membuat selera terangkat. Cara masak Mee Bandung ini dikongsikan oleh Halimatussaadiah Sidek di Facebook bersama rahsia kuah yang pekat dan sedap dihirup. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Mee Kuning Homemade ‘Gluten-Free’, Tak Pakai Tepung Gandum Pun Menjadi! CARA MASAK MEE BANDUNG Bahan kisar: 2 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 10 tangkai lada kering (kurangkan jika tak nak pedas) 2 paket udang kering Bahan-bahan lain: ½kg mee kuning Segenggam kacang tanah (goreng dan tumbuk) 2 sudu tepung gandum (bancuh dengan air biar cair) Gula Garam Ajinomoto Daging Sotong Udang (ikut suka) Sawi Lobak merah Tauhu Daun sup Bawang g...

Ditikam kekasih 16 kali, wanita nekad berkahwin dengan lelaki itu kerana terlalu sayang


Ditikam kekasih 16 kali, wanita nekad berkahwin dengan lelaki itu kerana terlalu sayang

"Mangsa serta merta dimasukkan ke hospital selepas ditikam 16 kali di perut dan tangan serta mendakwa dia samun. Selepas disiasat, laporan itu adalah palsu dan mangsa mengaku ditikam teman lelakinya,"katanya.

ASAHAN - Seorang wanita yang ditikam sebanyak 16 kali oleh kekasihya akibat pertengkaran mengambil keputusan nekad akan mengahwini lelaki itu

Mangsa, Eka Wahyu Lestari, 23, ditikam bertubi-tubi di perut dan tangan oleh kekasihnya, Fika Andrean Banjarnahor, 21, dalam kereta di kawasan Terminal Kisaran Asahan, Sumateria Utara pada Ahad lalu.

Sebelum kejadian, pasangan itu dilaporkan bertengkar sebelum Fika Andrean mengeluarkan pisau dan menikamnya berbelas kali.

Ketua Polis Daerah Satreskrim Asahan, Iptu Arbin Rambe berkata, selepas mangsa ditikam berkali-kali, pelakunya meminta maaf dan menghantarnya ke tempat kerja serta menyuruhnya berbohong bahawa dia disamun.

"Mangsa serta merta dimasukkan ke hospital selepas ditikam 16 kali di perut dan tangan serta mendakwa dia samun.

"Selepas disiasat, laporan itu adalah palsu dan mangsa mengaku ditikam teman lelakinya,"katanya.

Iptu menambah, suspek ditangkap pada hari berikutnya dan dibawa ke Balai Polis Asahan. Polis turut menjumpai pisau dan kereta digunakan suspek semasa kejadian tersebut.



Sementera di balai polis, suspek mengaku dia menikam kekasihnya kerana marah mangsa sering meminjam duit kepadanya dan memberi pelbagai alasan.

"Puncanya kerana kekasihnya sering meminta wang. Tetapi kami sedang menyiasat kenyataannya kerana dia masih dalam keadaan terkejut dan sedang dirawat,"tambahnya. - Agensi




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!