Cara Masak Mee Bandung Simple Berkuah Pekat, Masukkan Bahan Rahsia ‘Ini’

Imej
https://ift.tt/46lLDaW Musim hujan pada waktu petang membuatkan ramai teringin berbuka puasa dengan hidangan berkuah yang hangat. Oleh itu, anda boleh cuba cara masak Mee Bandung yang simple ini. Mee Bandung adalah hidangan mee paling popular di Malaysia yang berasal dari Johor. Gandingan mee kuning bersama telur dan kuah pekat mampu membuat selera terangkat. Cara masak Mee Bandung ini dikongsikan oleh Halimatussaadiah Sidek di Facebook bersama rahsia kuah yang pekat dan sedap dihirup. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Mee Kuning Homemade ‘Gluten-Free’, Tak Pakai Tepung Gandum Pun Menjadi! CARA MASAK MEE BANDUNG Bahan kisar: 2 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 10 tangkai lada kering (kurangkan jika tak nak pedas) 2 paket udang kering Bahan-bahan lain: ½kg mee kuning Segenggam kacang tanah (goreng dan tumbuk) 2 sudu tepung gandum (bancuh dengan air biar cair) Gula Garam Ajinomoto Daging Sotong Udang (ikut suka) Sawi Lobak merah Tauhu Daun sup Bawang g...

Kerjasama masyarakat, PBT penting untuk kemajuan bersama

LUQMAN RIDHWAN MOHD. NOR, WARTAWAN EKSEKUTIF

Hidup bermasyarakat sememangnya indah, namun ia boleh menjadi satu mimpi ngeri jika tidak kena pada caranya. Ba­nyak perkara yang perlu diambil perhatian dan dilakukan apabila seseorang menjadi sebahagian daripada komuniti.

Sudah tentu sekali hubungan sesama jiran dan masyarakat sekitar menjadi antara perkara yang perlu dijaga.

Dalam menjaga hubungan itu, banyak yang perlu dilakukan, sebagai contoh membuang sampah di tempat sepatutnya serta menjaga kemudahan awam di kawasan sekitar.

Bagaimanapun, perlu diingatkan juga, antara pihak yang memainkan peranan mereka di sebuah daerah sudah tentu sekali pihak berkuasa tempatan (PBT).

Ini kerana PBT menjadi antara pihak bertanggungjawab ke atas kesejahteraan di suatu kawasan, namun tanpa kerjasama daripada masyarakat, ia mendatangkan beban kepada PBT.

Antara paling membebankan PBT sudah tentulah sikap tidak bertanggungjawab ditunjukkan sesetengah pihak yang melakukan perbuatan seperti membuang sampah di merata-rata tempat.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK), Zulqarnain Mohamad berkata, terdapat pelbagai cabaran untuk mendidik masyarakat atau komuniti di suatu daerah.

Menurutnya, antara cabaran itu adalah untuk membuatkan masyarakat mempunyai rasa kebersamaan dengan PBT.

“Bagi mengatasi perkara ini, kita membuat perancangan atau mencari fokus untuk menyelesaikan sesuai isu terlebih dahulu.

“Sebagai contoh, isu kebersihan, libat urus akan dibuat dengan kerjasama Ahli-ahli Majlis yang merupakan orang tengah sebagai pengantara untuk kedua-dua belah pihak,” katanya.

Beliau berkata, pada 2020, MPKK pernah mengadakan kolaborasi besar-besaran de­ngan kerjasama agensi di daerah, Ahli Majlis dan sekolah untuk program Merimbun Kuala Kangsar.

“Semasa program seperti inilah kita memberikan keseda­ran dan mendidik komuniti untuk bersama-sama menanam pokok. Selepas program ini juga, pihak sekolah telah mula me­minta khidmat nasihat MPKK untuk penanaman pokok bagi landskap sekolah.

“Selain itu, kita juga banyak menggunakan media sosial rasmi MPKK bagi memberi pendidikan dan menyalurkan maklumat-maklumat kepada komuniti.

“Bagi komuniti yang mempu­nyai kekangan penggunaan media sosial, kami menggunakan platform Hari Bertemu Pelanggan, selain mengamalkan pintu terbuka untuk mereka datang dan berkomunikasi dengan MPKK,” katanya.

Dalam pada itu, Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Teluk Intan, Megat Amerudin Megat Danian berkata, masyarakat seharusnya mempunyai kesedaran bahawa bukan semua infrastruktur di dalam kawasan mereka di bawah tanggungjawab PBT.

“Contohnya, ada tiga jenis jalan iaitu jalan persekutuan, jalan negeri dan jalan bandaran. Hanya jalan bandaran sahaja di bawah PBT, namun masyarakat terkhilaf apabila membuat aduan.

“Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) tidak meletakkan perkhidmatan perbandaran sebagai sesuatu yang wajib dilaksanakan, namun semua PBT di negara ini tidak pernah lepas tangan dalam hal ini,” katanya.

Beliau menjelaskan, ini kerana dengan perkhidmatan tersebut tahap kebersihan di tempat awam akan sentiasa dikekalkan.

The post Kerjasama masyarakat, PBT penting untuk kemajuan bersama appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!