Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!
Jika anda merupakan salah seorang peminat masakan Arab, wajib cuba resepi Nasi Arab simple ini. Walaupun mudah dan ringkas, namun hasilnya cukup beraroma dan sedap.
Nasi Arab ialah hidangan popular dari rantau Timur Tengah, khususnya di Semenanjung Arab. Oleh kerana begitu sedap, ramai peniaga yang menjualnya di bazar Ramadan.
Dila Noordin telah kongsikan resepi Nasi Arab simple di Facebook yang dimasak dengan menggunakan bahan ringkas dan mudah didapati. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Buat Nasi Beriani Simple Di Rumah, Ada Ayam Goreng Mamak Lagi Terangkat
RESEPI NASI ARAB SIMPLE
Bahan-bahan rebus ayam:
- ½ ekor ayam (dipotong dua)
- 1 kiub ayam
- 1 biji tomato (dibelah empat)
- ½ sudu jintan manis
- 1 biji cili hijau (dibelah empat)
- 1 batang kulit kayu manis
- ½ sudu biji ketumbar
- ½ sudu lada hitam
Bahan-bahan tumis nasi:
- 2½ pot beras basmathi yang telah direndam lebih kurang dalam 30 minit
- ½ sudu biji ketumbar
- ½ sudu jintan manis
- Minyak sapi atau butter atau minyak masak
- ½ sudu lada hitam
Bahan-bahan sambal:
- 3 batang cili besar merah
- 3 batang cili padi merah
- Tomato
- Daun ketumbar
- Garam
- Lemon (diperah)
Bahan-bahan salatah:
- Timun (dibuang biji tengah)
- Tomato (dipotong dadu)
- Bawang besar (diracik halus)
Cara-cara menyediakan ayam:
1. Rebus semua dalam air tengelam ayam sehingga 30 minit, garam sesudu.
2. Angkat ayam, lumur dengan serbuk kunyit, madu dan sedikit garam.
Cara-cara menyediakan nasi:
1. Tumis bahan sampai naik bau.
2. Masukkan beras dan kacau lebih kurang dalam seminit.
3. Masukkan air rebusan dan ayam di atas sekali. Sukatan air rebusan macam masak nasi biasa. Alihkan ke periuk nasi.
4. Tabur daun ketumbar atas ayam supaya bau lebih sedap.
Cara-cara menyediakan sambal:
1. Kisar semua bahan.
2. Perasakan dengan garam dan gula.
3. Masukkan perahan lemon.
Resepi Nasi Arab simple ini sesuai dijadikan sebagai hidangan berbuka puasa untuk seisi keluarga. Selain itu, ia boleh dijadikan sebagai idea hidangan pada Hari Raya juga.
Selamat mencuba!
Sumber: Dila Noordin
Baca juga: Resepi Nasi Hujan Panas Beraroma, Cantik Dan Lembut Terlerai Kejadiannya
The post Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai! appeared first on MyResipi.
Ulasan
Catat Ulasan