Langkau ke kandungan utama

Resipi Kuih Koci Labu Leleh Kesukaan Ramai, Inti Gula Melaka Lembap & Tak Kering

Imej
https://ift.tt/AjqrGoJ Koci labu merupakan variasi kuih koci tradisional yang semakin digemari kerana rasanya yang lebih lemak dan warnanya yang cantik secara semula jadi. Doh yang dicampur labu menjadikan teksturnya lembut, tidak keras dan lebih sedap bila dimakan bersama kuah santan. Berbeza dengan koci biasa, koci labu mempunyai rasa manis semula jadi daripada labu yang seimbang dengan inti kelapa gula Melaka. Setiap suapan terasa lembut, berlemak dan cukup menyenangkan, sesuai dijadikan kuih minum petang atau hidangan istimewa keluarga. Jika anda mencari resipi koci labu yang mudah, tak mudah pecah dan inti tidak kering, resipi ini memang sesuai untuk dicuba. Baca juga: Resipi Kuih Siput Yang Rangup Tapi Tak Keras, Buat Satu Balang Pun Tak Cukup! RESEPI KUIH KOCI LABU Bahan doh koci: 1/2 biji labu (direbus dan dilenyek, semasa merebus masukkan secubit garam) 2 cawan tepung pulut Pewarna kuning (pilihan) Sedikit air Cara penyediaan doh: Campurkan tepung pulut bersama...

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!

https://ift.tt/kqhPu7J

tips masak asam pedas
Asam pedas merupakan hidangan istimewa yang cukup terkenal di Malaysia, khususnya di negeri Johor. Nak tahu tips masak asam pedas yang benar-benar sedap dan menyelerakan?

Untuk menghasilkan asam pedas yang padu dan menyelerakan, ada beberapa rahsia yang perlu diketahui. Bukan sekadar campak-campak bahan, tapi ada teknik-teknik tertentu yang boleh menjadikan rasa asam pedas lebih ‘umpph’!

Jom kita bongkar rahsia dan tips memasak asam pedas yang sedap, yang pasti akan membuatkan keluarga puas hati! Bermula dari pemilihan bahan hingga cara memasak, semuanya akan dikongsikan dalam artikel ini.

Baca juga: Resipi Asam Pedas Ikan Jenahak, Letak ‘Bahan Ini’ Untuk Kuah Lagi Lemak & Pekat!

TIPS MASAK ASAM PEDAS YANG SEDAP

1. Pemilihan Ikan atau Protein

Gunakan ikan segar seperti ikan pari, tenggiri atau kembung. Ayam, daging atau tofu juga boleh digunakan mengikut selera.

2. Kisar Bahan dengan Betul

Gunakan nisbah bawang dan cili kering yang seimbang, contohnya: 2:1 (2 bahagian bawang, 1 bahagian cili kering) untuk rasa lebih manis dan seimbang. Jika suka pedas, lebihkan cili kering, tetapi pastikan tidak terlalu mengatasi rasa bawang. Guna 2 jenis cili kering berbeza, cili yidu (tak pedas tapi cantik warna) dan cili kering keringting.

3. Tumis Sampai Pecah Minyak

Tumis bahan kisar (bawang merah, bawang putih, cili kering, halia, kunyit hidup) hingga pecah minyak. Kemudian tambah air dan biarkan pecah minyak lagi. Biarkan sambal pecah minyak beberapa kali, masak perlahan supaya rempah sebati dan naik aroma. Jangan terburu-buru kerana proses ini adalah kunci rasa yang mantap.

4. Tambah Bahan Perasa

Gunakan asam jawa atau asam keping untuk rasa masam. Garam, gula dan serbuk perasa ditambah sedikit demi sedikit untuk menyeimbangkan rasa. Lada hitam boleh ditambah dalam kuantiti kecil (1/4-1/2 sudu teh) untuk rasa lebih kompleks. Jangan terlalu banyak agar tidak menenggelamkan rasa asam pedas.

5. Daun Kesum dan Bunga Kantan

Tambahkan daun kesum dan bunga kantan di akhir masakan untuk aroma tradisional.

6. Elakkan Letak Terlalu Banyak Air

Tambahkan air sedikit demi sedikit untuk memastikan kuah tidak terlalu cair. Air dari ikan akan keluar ketika proses memasak.

Dengan teknik ini, asam pedas akan lebih sedap, aromatik dan kaya rasa! Semoga bermanfaat.

Sumber: Tim Greenturae

Baca juga: Resipi Asam Pedas Ayam Berempah, Cara Masak Mudah Yang Amat!

The post Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan