Langkau ke kandungan utama

Cara Buat Colek Malas Khairul Aming, Jemput-Jemput Ikan Bilis Rangup Dengan Kuah Thai Pekat

Imej
https://ift.tt/ojkw0gH Cara buat colek malas ini jadi perhatian ramai selepas dikongsikan oleh Khairul Aming di TikTok. Resipi ringkas ini menggabungkan jemput-jemput ikan bilis rangup dan gebu bersama kuah colek Thai yang masam, manis dan pedas, menjadikannya sarapan atau minum petang yang mudah tetapi sangat memikat selera. Apa yang menarik, adunan jemput-jemput menggunakan yis, menjadikan teksturnya lembut dan tidak liat walaupun digoreng rangup. Kuah pula dimasak sekejap sahaja, tetapi rasanya cukup seimbang dan melekat cantik pada jemput-jemput. Tak hairanlah ramai yang cuba versi ini di rumah. Baca juga: Wanita Ini Kongsi Hasil Dari Resepi Ayam Goreng Bawang Khairul Aming, Rangup Dan Juicy! CARA BUAT COLEK MALAS KHAIRUL AMING Bahan-bahan: 2 cawan tepung gandum 2 ¼ cawan air suam ½ sudu kecil garam 1 sudu besar yis Daun sup (dihiris) Bawang goreng secukupnya Ikan bilis goreng secukupnya Bahan-bahan kuah: 1 cawan sos cili Thai 3 biji cili padi 2 ulas bawang put...

Resipi Kuih Koci Labu Leleh Kesukaan Ramai, Inti Gula Melaka Lembap & Tak Kering

https://ift.tt/AjqrGoJ

koci labu

Koci labu merupakan variasi kuih koci tradisional yang semakin digemari kerana rasanya yang lebih lemak dan warnanya yang cantik secara semula jadi. Doh yang dicampur labu menjadikan teksturnya lembut, tidak keras dan lebih sedap bila dimakan bersama kuah santan.

Berbeza dengan koci biasa, koci labu mempunyai rasa manis semula jadi daripada labu yang seimbang dengan inti kelapa gula Melaka. Setiap suapan terasa lembut, berlemak dan cukup menyenangkan, sesuai dijadikan kuih minum petang atau hidangan istimewa keluarga.

Jika anda mencari resipi koci labu yang mudah, tak mudah pecah dan inti tidak kering, resipi ini memang sesuai untuk dicuba.

Baca juga: Resipi Kuih Siput Yang Rangup Tapi Tak Keras, Buat Satu Balang Pun Tak Cukup!

RESEPI KUIH KOCI LABU

koci labu

Bahan doh koci:

  • 1/2 biji labu (direbus dan dilenyek, semasa merebus masukkan secubit garam)
  • 2 cawan tepung pulut
  • Pewarna kuning (pilihan)
  • Sedikit air

Cara penyediaan doh:

  1. Campurkan tepung pulut bersama isi labu yang telah dilenyek. Tambahkan sedikit air sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan. Tekstur doh sepatutnya hampir sama seperti doh kuih onde-onde. Jika suka warna lebih menyerlah, boleh tambahkan sedikit pewarna kuning.

Bahan inti:

  • 2 keping gula melaka
  • 1 helai daun pandan (disimpul)
  • RM4 kelapa parut
  • 1/2 cawan air
  • Secubit garam

Cara menyediakan inti:

  1. Masukkan gula melaka, daun pandan, air dan garam ke dalam periuk. Masak sehingga gula cair sepenuhnya. Masukkan kelapa parut dan kacau sehingga sebati serta air hampir kering. Inti tidak perlu dimasak terlalu kering, biarkan sedikit lembap supaya inti lebih sedap dan mudah dibungkus.

Bahan santan:

  • RM4 santan
  • 2 cawan air
  • 1 cawan tepung beras
  • Secubit garam

Cara menyediakan kuah santan:

  1. Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga sebati. Masak menggunakan api kecil sambil dikacau sentiasa sehingga kuah menjadi pekat dan likat. Apabila tepung mula ‘meletup-letup’, itu menandakan kuah santan telah masak sepenuhnya.

Kuih koci labu ini paling sedap dinikmati ketika masih suam bersama kuah santan yang lemak berkrim. Teksturnya yang lembut dengan inti manis beraroma pandan memang membangkitkan selera.

Sumber: Yusma Mustafa

Baca juga: Resipi Kuih Kaswi Pandan Gedik Lembut, Tekstur Elok Tak Lembik & Tak Terlebih Kenyal

The post Resipi Kuih Koci Labu Leleh Kesukaan Ramai, Inti Gula Melaka Lembap & Tak Kering appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan