Langkau ke kandungan utama

Resepi Ayam Ros Kenduri Versi Ekspres, Kuah Pekat Bersalut & Nostalgia Kenduri Kampung

Imej
https://ift.tt/zeUWb30 Jika anda sedang mencari resepi ayam ros yang ringkas tapi rasa padu macam kenduri kampung, resipi ini memang kena dengan selera. Ayam masak merah ros ini diinspirasikan daripada masakan klasik kenduri zaman kanak-kanak, warna merah cantik, kuah pekat, dan ayam bersalut elok dengan rencah. Bezanya, versi ini dimasak secara ekspres, sesuai untuk hari-hari bila tak ada banyak masa di dapur tapi tetap teringin lauk yang nostalgia dan mengenyangkan. Rahsia keenakan resipi ini terletak pada bawang kisar kasar dan penggunaan santan, yang menjadikan kuah lebih berlemak, pekat dan melekat cantik pada ayam. Baca juga: Cara Buat Ayam Goreng Paling Sedap Di Rumah, Mudah & Cepat Dengan Satu Bahan Rahsia RESEPI AYAM ROS KENDURI Bahan-bahan: Ayam – digoreng dan ketepikan Santan – secukupnya Bawang merah – dikisar kasar Serai – dititik Kulit kayu manis Serbuk perencah masak merah Serbuk cili Bawang merah – dipotong bulat Kacang hijau (pilihan) Cara-cara...

Cara Buat Colek Malas Khairul Aming, Jemput-Jemput Ikan Bilis Rangup Dengan Kuah Thai Pekat

https://ift.tt/ojkw0gH

cara buat colek malas

Cara buat colek malas ini jadi perhatian ramai selepas dikongsikan oleh Khairul Aming di TikTok. Resipi ringkas ini menggabungkan jemput-jemput ikan bilis rangup dan gebu bersama kuah colek Thai yang masam, manis dan pedas, menjadikannya sarapan atau minum petang yang mudah tetapi sangat memikat selera.

Apa yang menarik, adunan jemput-jemput menggunakan yis, menjadikan teksturnya lembut dan tidak liat walaupun digoreng rangup. Kuah pula dimasak sekejap sahaja, tetapi rasanya cukup seimbang dan melekat cantik pada jemput-jemput. Tak hairanlah ramai yang cuba versi ini di rumah.

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Hasil Dari Resepi Ayam Goreng Bawang Khairul Aming, Rangup Dan Juicy!

CARA BUAT COLEK MALAS KHAIRUL AMING

cara buat colek malas

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 ¼ cawan air suam
  • ½ sudu kecil garam
  • 1 sudu besar yis
  • Daun sup (dihiris)
  • Bawang goreng secukupnya
  • Ikan bilis goreng secukupnya

Bahan-bahan kuah:

  • 1 cawan sos cili Thai
  • 3 biji cili padi
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ cawan air
  • 2 sudu besar gula melaka
  • 1 sudu besar kicap
  • 1 sudu besar sos ikan
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa secukupnya
  • Air bancuhan tepung jagung (untuk memekatkan kuah)
  • ½ biji limau nipis
  • Bijan (pilihan)

Cara-cara penyediaan:

1. Campurkan tepung gandum, air suam, garam dan yis ke dalam mangkuk.

2. Gaul hingga sebati, kemudian perap selama 15–20 minit supaya adunan naik dan gebu.

3. Masukkan daun sup, bawang goreng dan ikan bilis goreng.

4. Gaul perlahan supaya adunan tidak jatuh.

5. Panaskan minyak dan goreng adunan hingga keemasan dan rangup. Angkat dan toskan.

Cara-cara penyediaan kuah:

1. Kisar cili padi dan bawang putih hingga hancur.

2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama sos cili Thai, air, gula melaka, kicap, sos ikan, garam dan serbuk perasa. Masak hingga mendidih dan sebati.

3. Masukkan air bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga kuah menjadi pekat dan berkilat.

4. Tutup api, kemudian masukkan perahan limau nipis dan taburkan bijan jika suka.

Cara-cara hidang:

Susun jemput-jemput ikan bilis di atas pinggan, kemudian tuangkan kuah colek malas terus di atasnya. Hidangkan panas-panas untuk rasa terbaik.

Tips Penting Supaya Colek Malas Jadi Sedap

  • Gunakan air suam supaya yis aktif dengan baik
  • Jangan perap terlalu lama, cukup sekadar adunan naik
  • Kuah jangan terlalu cair supaya melekat pada jemput-jemput
  • Boleh tambah cili padi jika suka lebih pedas

Cara buat colek malas ini memang sesuai untuk minum petang, jamuan ringkas atau bila nak snek cepat tapi puas hati. Resepi mudah, rasa padu dan confirm habis sepinggan.

Selamat mencuba!

Sumber: khairulaming

Baca juga: Wanita Kongsi Resepi Kek Batik Khairul Aming, Tapi Sentuhannya Macam Kain Batik Asli!

The post Cara Buat Colek Malas Khairul Aming, Jemput-Jemput Ikan Bilis Rangup Dengan Kuah Thai Pekat appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan