Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel MyResipi

Wanita Ini Kongsi Resipi Laksa Utara 30 Pek, Kuah Pekat Elok Tanpa Perlu Tapis Banyak Kali

Imej
https://ift.tt/HJqIzE0 Kalau anda sedang cari laksa utara resepi yang betul-betul menjadi, ini antara perkongsian yang wajib cuba. Rahsianya bukan sekadar pada bahan, tapi teknik yang digunakan terutama pemilihan ikan. Perkongsian oleh Nor Hafizah Ismail ini menarik perhatian ramai apabila beliau menghasilkan laksa dalam kuantiti besar (sehingga 30 pek!) untuk disedekahkan. Apa yang buat resipi ini lain daripada yang lain adalah penggunaan ikan sardin yang menjadikan kuah lebih halus, pekat dan ‘power’. Baca juga: Laksa Terengganu Kuah Merah Paling Kaw, Punyalah Nikmat Sampai Tetamu Tak Ingat Nak Balik Rumah KENAPA GUNA IKAN SARDIN? Dalam kebanyakan laksa utara, ramai guna ikan kembung. Tapi menurut beliau: Ikan sardin buat kuah lebih halus dan sebati Tak bertekstur kasar seperti ikan kembung Rasa lebih ‘lemak ikan’ dan padu Inilah rahsia kuah nampak smooth dan pekat tanpa perlu tapis berkali-kali. PERBEZAAN LAKSA UTARA VS LAKSA PENANG Satu perkara penting yang ramai tak ...

“Tak Ada Siapa Makan..”- Kisah Anak Kecil Bawa Pulang Kek Kawan Buat Ramai Sebak, Rupanya Ini Terjadi Di Sekolah

Imej
https://ift.tt/STsvp3G Satu perkongsian di Threads oleh pengguna waza.nuratika baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila kisah seorang kanak-kanak bernama Faliq tular di media sosial. Kisah ini bermula daripada situasi ringkas di sekolah yang melibatkan kek potong, namun cukup untuk membuat ramai tersentuh. Walaupun nampak kecil, tindakan Faliq membawa pulang dua bungkus plastik berisi kek potong sebenarnya menyimpan satu nilai besar iaitu empati. Apa yang berlaku di sekolah itu akhirnya menjadi perbualan ramai kerana kejujuran dan kepekaan seorang kanak-kanak terhadap perasaan rakannya. Baca juga: Nak Beli Tauhu Bergedil Tapi Kanak-Kanak Ini Cuma Ada RM1, Reaksi Peniaga Buat Netizen Menangis BILA KEK POTONG JADI CERITA TENTANG EMPATI SEORANG KANAK-KANAK Dalam perkongsian tersebut, Faliq pulang ke rumah dengan membawa dua bungkus plastik berisi kek potong. Apabila ditanya oleh ibunya, dia menjelaskan dengan jujur apa yang berlaku di sekolah. “Ibu, kek ni Faliq amik sebab t...

Ayam Masak Merah Kelantan, Resipi Kuah Likat Berkilat Macam Kenduri Kampung Dulu-Dulu

Imej
https://ift.tt/PoumULO Setiap kali terhidang lauk berkuah merah di atas meja, ayam masak merah kelantan antara menu yang paling cepat menarik perhatian. Warnanya yang merah berkilat, aromanya yang harum berempah, dan rasa pedas-manisnya yang seimbang menjadikan hidangan ini sentiasa ada tempat istimewa dalam masakan Melayu. Resipi ini diinspirasikan daripada perkongsian Dapur Aqela di YouTube, sesuai untuk anda yang nak sediakan lauk sedap, mudah dan “rasa macam kenduri” walaupun masak di rumah sendiri. Baca juga: Ibu Mentua Ajar Resepi Sambal Jantan Kelantan, Rasa Pedas Masam Yang Cukup Padu! KEISTIMEWAAN AYAM MASAK MERAH KELANTAN Apa yang buat ayam masak merah kelantan ini berbeza ialah: Kuahnya pekat, merah berkilat dan menyelaputi ayam dengan sempurna Rasa pedas cili yang seimbang dengan manis sos dan gula Aroma serai, bawang dan halia yang menaikkan selera Sesuai dimakan dengan nasi putih, nasi minyak atau nasi tomato Bahan-bahan utama: ½ ekor ayam Garam secukup ra...

Sentuhan Istimewa Rendang Dinding Perak Daripada Toh Puan Raja Noora, Resipi Warisan Klasik Yang Penuh Tradisi Keluarga Bangsawan

Imej
https://ift.tt/ejWND1a Kalau sebut tentang rendang dinding perak, ia bukan sekadar hidangan tradisional biasa, tetapi antara warisan masakan Melayu negeri Perak yang penuh nilai sejarah dan keunikan rasa. Hidangan ini terkenal dengan proses memasaknya yang panjang, namun hasil akhirnya sangat berbaloi dengan keenakan yang kaya, pekat dan berempah. Menariknya, resipi ini turut pernah dikongsikan oleh Yang Mulia Toh Puan Raja Dato’ Seri Utama Noora Ashikin Raja Abdullah, seorang tokoh wanita berpengaruh yang bukan sahaja aktif dalam bidang kebajikan dan kemasyarakatan, tetapi juga dikenali dengan minat mendalam dalam dunia masakan tradisional. Baca juga: Tips Masak Rendang Supaya Lebih Sedap, Pekat & Tak Mudah Basi Berhari-Hari, Ini Cara Betul! SIAPA TOH PUAN RAJA NOORA ASHIKIN? Toh Puan Raja Dato’ Seri Utama Noora Ashikin Raja Abdullah merupakan figura wanita berdarah keturunan bangsawan Perak yang disegani. Beliau juga merupakan isteri kepada Tun Ramli Ngah Talib, bekas Yang ...

Muffin Coklat Chip Moist & Padat, Resipi Mudah Tanpa Mixer Yang Ramai Teruja Nak Cuba

Imej
https://ift.tt/2jPSG80 Kalau anda sedang cari muffin coklat chip yang betul-betul sedap, moist dan tak terlalu gebu macam kek, ini resipi yang wajib cuba! Perkongsian ini semakin viral sebab hasilnya sangat menjadi dengan tekstur padat, rasa coklat yang padu dan paling best, lagi lama simpan lagi lembap. Resipi ini juga sangat mudah, tak perlu mixer pun. Sesuai untuk beginner atau yang nak baking cepat tanpa renyah. Baca juga: Kek Pisang Coklat Chip Paling Lembut & Moist, Sekali Buat Terus Jatuh Cinta RESIPI MUFFIN COKLAT CHIP MOIST PADAT TANPA MIXER Bahan-bahan kering: 1 cawan serbuk koko 1 sudu kecil baking powder 3 cawan tepung gandum 1 sudu kecil soda bicarbonate 1 sudu kecil garam Bahan-bahan basah: 1 ½ cawan gula halus 2 cawan susu full cream / susu cair 2 biji telur ayam 1 cawan minyak masak / minyak jagung 1 sudu teh esen vanilla Bahan hiasan: Chocolate chips secukupnya Cara-cara penyediaan: 1. Ayak semua bahan kering supaya adunan halus dan tak ...

Resipi Karipap Pusing Berlapis Cantik & Kekal Rangup Sampai Ke Petang, Sekali Buat Terus Jadi!

Imej
https://ift.tt/mjoDkBV Siapa yang boleh tahan godaan bau karipap pusing rangup yang baru diangkat dari kuali? Selalunya kita beli saja di gerai tepi jalan, tapi kepuasan bila dapat buat sendiri di rumah memang lain macam. Anak-anak pun mesti berebut kalau nampak karipap ini. Masalah utama bila buat karipap pusing ini selalunya pada bahagian kulit. Ada yang jadi keras macam batu dan ada juga yang lapisannya tidak menjadi. Sebenarnya, rahsia utama terletak pada teknik penyediaan dua jenis doh iaitu doh minyak dan doh tepung serta cara gelekkan yang betul. Jangan risau kalau anda baru pertama kali nak mencuba, resipi ini sangat mesra ‘newbie’. Bagi anda yang sedang mencari idea untuk hidangan minum petang atau mahu buat stok frozen untuk sarapan pagi yang pantas, karipap pusing ini adalah pilihan terbaik. Jom kita semak bahan-bahan dan cara penyediaannya yang dikongsikan oleh Paun Zalwati Abd Halim ini. Sekali buat, gerenti dah tak cari resipi lain! Baca juga: Resipi Mantou Sandwic Sa...

Resipi Gulai Ikan Darat Utara Yang Wangi & Pekat, Letak Daun Kesum Lagi Sedap Menjilat Jari

Imej
https://ift.tt/lzLo3eE Kalau sebut resepi gulai ikan darat, memang terus terbayang lauk kampung yang panas-panas dimakan dengan nasi putih. Di sebelah Utara, hidangan ini memang sinonim dengan rasa pekat, wangi dan sedikit masam yang buat kita tak berhenti tambah nasi. Menariknya, setiap kawasan ada cara tersendiri untuk sebut dan masak gulai ini. Ada yang panggil kari ikan, ada yang kekal dengan nama gulai. Tapi apa yang sama ialah rasa dia yang penuh dengan aroma rempah dan daun kesum yang menaikkan selera. Resipi ini juga sangat fleksibel kerana boleh guna pelbagai jenis ikan darat atau ikan laut yang kuat bau. Bila kena cara masak, memang hilang hanyir dan yang tinggal cuma aroma gulai yang wangi dan menyelerakan. Baca juga: Resipi Dori Sweet Sour, Ikan Rangup Disiram Dengan Kuah Masam Manis Yang Padu! RESEPI GULAI IKAN DARAT Bahan utama: Ikan haruan, keli, puyu, sepat atau sembilang 4 sudu besar rempah kari ikan (contoh Babas) Santan cair (jangan terlalu pekat) 1 biji...

Resipi Kek Marble Coklat Matcha Gebu & Corak Cantik, Memang Buat Tak Sabar Nak Makan!

Imej
https://ift.tt/dKjc0ZY Pasti tidak ramai yang terfikir untuk membuat kek marble coklat matcha, bukan? Rupanya gabungan warna hijau matcha dan coklat ini bukan sahaja mencantikkan rupa kek, malah menjadikan setiap potongan nampak lebih menarik dan menyelerakan. Lebih menarik lagi, rasa kedua-dua perisa ini saling melengkapi. Aroma matcha yang lembut berpadu dengan rasa coklat yang sedikit kaya, menghasilkan kek yang tidak terlalu manis tetapi tetap memuaskan selera. Selain itu, tekstur kek ini juga gebu dan lembut jika kena cara penyediaannya. Tidak hairanlah kek marble seperti ini semakin digemari kerana bukan sahaja sedap dimakan, tetapi juga cantik untuk dihidangkan ketika minum petang atau majlis kecil di rumah. Baca juga: Resipi Kek Buah Kukus Moist & Padat, Ini Rahsia Supaya Kek Tak Hancur Bila Dipotong RESIPI KEK MARBLE COKLAT MATCHA Bahan-bahan: 5 biji telur gred B 1/2 cawan gula pasir 1/2 cawan susu pekat manis 2 cawan tepung naik sendiri 1 cawan butter 1 sudu...

Resipi Kuih Kaswi Sukatan Cawan Viral, Tak Perlu Timbang Tapi Hasil Lembut & Kenyal

Imej
https://ift.tt/PMwNW9i Kuih kaswi sukatan cawan kini semakin viral kerana cara penyediaannya yang mudah dan tidak memerlukan sukatan timbang. Jika anda sedang mencari resipi kuih tradisional yang ringkas, cepat disediakan dan menjadi, inilah antara pilihan terbaik untuk dicuba. Perkongsian daripada Juliana Mahmud ini sangat sesuai untuk semua, terutamanya bagi mereka yang lebih selesa menggunakan sukatan cawan seperti cara orang dulu-dulu. Hasilnya adalah kuih kaswi yang lembut, kenyal dan mempunyai rasa manis yang seimbang. Baca juga: Resepi Kuih Lapis Gedik Sukatan Cawan, Kukus 5 Minit Dah Jadi Lembut Berlapis Cantik! RESIPI KUIH KASWI SUKATAN CAWAN VERSI PANDAN Bahan-bahan: 2 cawan tepung gandum 1 cawan tepung ubi 2 sudu tepung beras 1 cawan gula 1 cawan air daun pandan (kisar 5 helai daun pandan) ½ cawan santan ½ sudu teh garam 4 cawan air 2 sudu air kapur 2 titis pewarna hijau Cara-cara penyediaan: 1. Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan kacau hingga sebati...

Resipi Ayam Sos Black Pepper Yang Berkuah Pekat & Pedas, Terus Jadi Kegemaran Keluarga!

Imej
https://ift.tt/7pAcSDf Ayam black pepper antara menu yang selalu jadi pilihan bila mahu masak lauk yang cepat tetapi tetap sedap. Dengan kuah yang pekat, berempah dan aroma lada hitam yang menyengat, hidangan ini memang cukup membuka selera. Dalam rutin harian yang sibuk, menu seperti ini sangat membantu kerana tidak perlukan banyak bahan atau langkah yang rumit. Semua bahan pun mudah didapati dan cara memasaknya pun cepat. Walaupun ringkas, hasilnya tetap sedap dan sesuai untuk hidangan keluarga. Menariknya, ayam black pepper ini juga boleh diolah ikut selera masing-masing. Ada yang suka tambah sayur seperti lobak merah atau capsicum untuk bagi lebih warna dan rasa. Apa pun caranya, hidangan ini pasti sentiasa jadi kegemaran. Baca juga: Resipi Nasi Ayam Crispy Yang Lagi ‘Wow’ Dari Biasa, Confirm Jadi Kegemaran Keluarga! RESEPI AYAM BLACK PEPPER Bahan-bahan: Ayam bahagian isi (digoreng separuh masak) Bawang merah (dicincang) Bawang putih (dicincang) Halia (dicincang) Cili ...

Rasam Wangi Beraroma, Makan Dengan Nasi Putih Panas & Ikan Goreng Rangup Memang ‘Terangkat’!

Imej
https://ift.tt/muAn5DU Rasam ialah hidangan berkuah yang ringan tetapi tetap membuka selera kerana ia mempunyai rasa masam pedas yang seimbang. Ramai yang suka rasam kerana kuahnya wangi dan sesuai untuk hidangan cepat setiap hari. Resipi ini menampilkan cara membuat rasam yang mudah diikuti. Kuahnya enak dimakan bersama nasi putih panas dan lauk ringkas seperti ikan goreng. Baca juga: Wanita India Kongsi Cara Masak Ayam Varuval, Rempah Wangi, Rasa Pun Padu! RESIPI RASAM WANGI BERAROMA Bahan-bahan: 1 sudu kecil jintan putih 1 sudu kecil jintan manis 1 sudu kecil lada hitam → Semua bahan ini perlu ditumbuk halus supaya aroma rasam lebih kuat. 3–4 ulas bawang putih diketuk 2 ulas bawang merah dihiris kasar 3–4 tangkai cili kering 2 tangkai daun kari Air asam jawa secukupnya 2 biji tomato dipotong empat Sedikit serbuk kunyit Garam secukup rasa Air secukupnya Cara-cara penyediaan: 1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, cili kering serta daun kari ...

Apam Polkadot Comel & Gebu, Guna Cara Ini Confirm Naik Cantik & Tak Bantat!

Imej
https://ift.tt/8Ah0Rq5 Apam polkadot memang antara kuih yang tak pernah lapuk dek zaman kerana rupa yang comel dan rasa yang lembut sangat digemari ramai. Apam polkadot ini bukan sahaja sesuai untuk minum petang, malah sering menjadi pilihan untuk jamuan, birthday dan juga tempahan kecil-kecilan. Menariknya, apam polkadot ini boleh dibuat dengan bahan yang sangat simple dan cara yang mudah, asalkan ikut langkah dengan betul. Resipi apam polkadot ini dikongsikan oleh Ainun Nazariah Abd Hamid di Facebook dan hasilnya memang gebu, cantik serta sangat menyelerakan. Baca juga: Apam Tapai Nasi Gebu & Lembut, Resipi Mudah Guna Nasi Sejuk, Tak ‘Cemuih’ Makan! RESIPI APAM POLKADOT GEBU COMEL Bahan-bahan: 3 biji telur (sejuk dari peti ais supaya lebih gebu) 1 ½ cawan gula halus 2 ½ cawan tepung gandum (diayak bersama baking powder) 3 sudu kecil baking powder 1 sudu kecil ovelate 150 ml susu segar atau susu cair Cara-cara penyediaan: 1. Putar telur bersama gula sehingga adun...

Cara Kenal Pasti Harumanis Yang Sudah Masak, Baru Puas Makan Yang Manis & Berjus!

Imej
https://ift.tt/MUGLYi0 Musim mangga harumanis memang ditunggu-tunggu setiap tahun. Tapi masalah yang selalu berlaku, kita beli dengan penuh harapan, balik rumah rupanya masih keras atau belum cukup manis. Sebenarnya, ada cara mudah untuk kenal pasti buah harumanis yang sudah cukup masak dan sedap dimakan. Tak perlu teka-teka atau main agak-agak, cuma perhatikan beberapa tanda penting pada buah. Kalau ikut langkah yang betul, confirm dapat harumanis yang manis, berjus dan lembut. Jom kita tengok cara lengkap yang boleh terus diamalkan setiap kali nak beli atau makan buah Harumanis. Baca juga: Cara Peram Buah Avokado Supaya Ranum Sempurna, Elak Isi Lebam Dan Rosak! TIP PILIH HARUMANIS YANG SUDAH MASAK DAN MANIS Sumber gambar: Deenamik 1. Tengok warna kulit Perhatikan warna kulit buah. Harumanis yang sudah masak biasanya berubah kepada warna kuning sekitar 90% pada permukaan kulitnya. Jika masih hijau sepenuhnya, kemungkinan besar belum cukup masak. 2. Bau buah Perhatikan warn...

Peniaga Ini Bongkar Resipi Kuah Bolognese Hasil Jualannya, Kuah Merah Cantik & Pekat Elok

Imej
https://ift.tt/tFP4ckA Siapa sangka rahsia nak buat pasta yang sedap sebenarnya terletak pada kuah bolognese yang kita masak sendiri dengan teknik yang betul. Kalau kena gaya masaknya, memang padat dengan isi dan rasa pun seimbang, sampai anak-anak pun mesti minta tambah berkali-kali! Hari ini, MyResipi ingin berkongsi resipi eksklusif daripada seorang peniaga yang digunakan di restorannya untuk jualan harian dan tempahan katering. Resipi ini sangat istimewa kerana menggunakan bahan segar seperti daging yang dicincang sendiri serta tomato panggang untuk aroma yang lebih memikat. Kah ini juga sangat sesuai dijadikan stok sejuk beku di rumah dalam bekas kecil. Masak sekali banyak, simpan dalam bekas kecil-kecil. Nanti bila nak makan cuma perlu defrost dan panaskan saja. Senang, cepat dan kualiti tetap macam baru masak! Baca juga: Resipi Spageti Goreng Daging Ala Tekak Melayu, Ringkas Tapi Buat Bertambah Pinggan! RESEPI KUAH BOLOGNESE HOMEMADE Bahan Utama: 3 kg daging pejal (hiri...

Resipi Puding Laici Susu ‘Fluffy’ Paling Lembut, Sekali Makan Terus Rasa Sejuk Sampai Tekak!

Imej
https://ift.tt/aOrWRFA Pencinta pencuci mulut, jom cuba resipi puding laici yang sejuk, manis dan menyegarkan ini. Kadang-kadang, tekak rasa nak makan sesuatu yang lembut dan berlemak, lebih-lebih lagi kalau cuaca kat luar tengah panas terik. Namun, ramai yang selalu buat puding laici jenis ‘kosong’ atau keras sahaja. Sebenarnya, ada satu teknik rahsia untuk buat puding laici anda rasa lebih premium dan teksturnya jadi sangat lembut macam awan. Resipi yang dikongsikan oleh Sunita Sabtu ini sangat unik kerana ia memberikan hasil puding yang lebih ‘rich’ dan nampak cantik bila dipotong. Baca juga: Resipi Puding Jagung Kastard ‘Creamy’, Senang Saja Buat & Confirm Menangi Hati Semua! RESIPI PUDING LAICI Bahan-bahan: 1 tin buah laici (asingkan air dan buahnya) 1 tin susu cair (evaporated milk) 1 paket serbuk agar-agar (sekitar 10g-11g) 800ml air kosong 2 biji telur (asingkan kuning dan putih) Gula secukup rasa (ikut selera manis masing-masing) Sedikit garam (untuk bang...

Resipi Ayam Bakar BBQ Yang Beraroma & Juicy, Rempah Perapan Meresap Sampai Ke Isi

Imej
https://ift.tt/UjxTMD1 Resepi ayam bakar BBQ ini memang mengancam. Bila sedang dimasak, bau rempah dan sos BBQ yang manis pedas memenuhi satu dapur. Kalau nak ayam bakar yang betul-betul masuk perapan, tip pertama ialah biarkan ayam diperap lama. Lagi lama perap, lagi menyerap rasa rempah dan sos BBQ. Boleh juga kelar sedikit bahagian ayam supaya bahan perapan mudah masuk ke dalam daging. Hasilnya, ayam bukan sahaja wangi tapi juga juicy bila digigit. Resipi ini juga boleh diubah suai mengikut selera. Kalau suka manis, boleh tambah gula atau madu. Kalau suka pedas, tambah sedikit cili atau sos pedas. Baca juga: Resipi Ayam Berlado Belacan Yang Memikat Selera, Menu Simple Tapi Boleh Buat Tambah Nasi! RESEPI AYAM BAKAR BBQ Bahan-bahan: 1 ekor ayam (dipotong ikut saiz yang dikehendaki) 3 sudu besar sos BBQ (boleh tambah ikut selera) 2 ulas bawang putih (dikisar atau dicincang halus) 1 inci halia (dikisar atau dicincang halus) Garam secukup rasa Gula atau madu (jika suka ma...

UNTUK TEMPAHAN