Resipi Kek Marble Coklat Matcha Gebu & Corak Cantik, Memang Buat Tak Sabar Nak Makan!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain

Pasti tidak ramai yang terfikir untuk membuat kek marble coklat matcha, bukan? Rupanya gabungan warna hijau matcha dan coklat ini bukan sahaja mencantikkan rupa kek, malah menjadikan setiap potongan nampak lebih menarik dan menyelerakan.
Lebih menarik lagi, rasa kedua-dua perisa ini saling melengkapi. Aroma matcha yang lembut berpadu dengan rasa coklat yang sedikit kaya, menghasilkan kek yang tidak terlalu manis tetapi tetap memuaskan selera.
Selain itu, tekstur kek ini juga gebu dan lembut jika kena cara penyediaannya. Tidak hairanlah kek marble seperti ini semakin digemari kerana bukan sahaja sedap dimakan, tetapi juga cantik untuk dihidangkan ketika minum petang atau majlis kecil di rumah.
Baca juga: Resipi Kek Buah Kukus Moist & Padat, Ini Rahsia Supaya Kek Tak Hancur Bila Dipotong
RESIPI KEK MARBLE COKLAT MATCHA

Bahan-bahan:
- 5 biji telur gred B
- 1/2 cawan gula pasir
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 2 cawan tepung naik sendiri
- 1 cawan butter
- 1 sudu teh esen vanila
- Sedikit emulco coklat
- Sedikit emulco matcha
Nota: Jika menggunakan tepung gandum biasa, ayak bersama 2 sudu teh baking powder
Cara-cara penyediaan:
- Pukul telur, gula pasir dan esen vanila menggunakan mixer sehingga adunan menjadi putih dan gebu. Ketepikan dahulu.
- Dalam mangkuk lain, masukkan butter, tepung dan susu pekat. Pukul sehingga sebati dan warna adunan menjadi lebih pucat.
- Masukkan adunan telur sedikit demi sedikit ke dalam adunan butter tadi sambil dipukul menggunakan kelajuan sederhana hingga sebati.
- Ambil sedikit adunan dan bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian campurkan emulco coklat dan satu lagi campurkan emulco matcha.
- Biarkan baki adunan sebagai warna asal (lebihkan bahagian ini untuk hasil marble yang cantik).
- Tuang adunan secara berselang-seli ke dalam loyang bersaiz 9×9 inci yang telah dialas dengan kertas minyak.
- Panaskan oven terlebih dahulu. Bakar pada suhu 150°C selama 50 minit atau mengikut kesesuaian oven masing-masing.
- Setelah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk sebelum dipotong.
Sumber: Marsha Yanie
Baca juga: Resipi Kek Pisang Walnut Gebu, Ikut Sukatan Ini Supaya Naik Cantik & Tak Bantat
The post Resipi Kek Marble Coklat Matcha Gebu & Corak Cantik, Memang Buat Tak Sabar Nak Makan! appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan