Langkau ke kandungan utama

Resipi Gulai Ikan Darat Utara Yang Wangi & Pekat, Letak Daun Kesum Lagi Sedap Menjilat Jari

https://ift.tt/lzLo3eE

resepi gulai ikan

Kalau sebut resepi gulai ikan darat, memang terus terbayang lauk kampung yang panas-panas dimakan dengan nasi putih. Di sebelah Utara, hidangan ini memang sinonim dengan rasa pekat, wangi dan sedikit masam yang buat kita tak berhenti tambah nasi.

Menariknya, setiap kawasan ada cara tersendiri untuk sebut dan masak gulai ini. Ada yang panggil kari ikan, ada yang kekal dengan nama gulai. Tapi apa yang sama ialah rasa dia yang penuh dengan aroma rempah dan daun kesum yang menaikkan selera.

Resipi ini juga sangat fleksibel kerana boleh guna pelbagai jenis ikan darat atau ikan laut yang kuat bau. Bila kena cara masak, memang hilang hanyir dan yang tinggal cuma aroma gulai yang wangi dan menyelerakan.

Baca juga: Resipi Dori Sweet Sour, Ikan Rangup Disiram Dengan Kuah Masam Manis Yang Padu!

RESEPI GULAI IKAN DARAT

resepi gulai ikan

Bahan utama:

  • Ikan haruan, keli, puyu, sepat atau sembilang
  • 4 sudu besar rempah kari ikan (contoh Babas)
  • Santan cair (jangan terlalu pekat)
  • 1 biji timun
  • Garam secukup rasa
  • Asam jawa secukupnya
  • 1 ikat daun kesum
  • Minyak untuk menumis

Bahan tumis:

  • 4 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh halba campur
  • 2 tangkai daun kari

Bahan kisar:

  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • Halia sedikit
  • Kunyit hidup sedikit
  • 1 tangkai daun kari

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang merah, bawang putih, halba campur dan daun kari sehingga naik bau dan sedikit kekuningan.
  2. Masukkan bahan kisar dan kacau sehingga rempah betul-betul masak dan pecah minyak. Tambah sedikit air dan ulang proses pecah minyak beberapa kali supaya kuah lebih wangi dan tidak berbau mentah.
  3. Masukkan asam jawa dan garam, kemudian teruskan menumis sehingga rempah benar-benar sebati dan pecah minyak semula.
  4. Masukkan timun dan sedikit air. Masak seketika sehingga timun lembut.
  5. Tuangkan santan dan masukkan ikan. Kacau perlahan supaya ikan tidak hancur.
  6. Bila kuah mula mendidih, masukkan daun kesum untuk menaikkan aroma dan mengurangkan bau hanyir ikan.
  7. Rasa dan sesuaikan perisa. Gulai ikan lebih sedap jika ada sedikit rasa masam yang seimbang dengan lemak santan.
  8. Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas.

Sumber: June Ahmad

Baca juga: Rahsia Buat Asam Rebus Ikan Kerisi Jadi Lagi Sedap, Masam Manis Pedas Cukup Rasa!

The post Resipi Gulai Ikan Darat Utara Yang Wangi & Pekat, Letak Daun Kesum Lagi Sedap Menjilat Jari appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Restoran Didakwa Basuh Lebihan Makanan Untuk Dijual Semula, Netizen Luah Rasa Jijik & Bimbang!

Kuih Kaswi Gedik Guna Tepung Beras, Resipi Ini Dapat Hasil Lembut & Kenyal Elok!

Cara Buat Kopi Susu Kaw Pekat Berlemak, Sekali Minum Memang Susah Nak Lupa!