Langkau ke kandungan utama

Resepi Gulai Lemak Ayam Mak Mentua, Kuah Berlemak Sampai Ada Rasa Macam Rendang

Imej
https://ift.tt/yAsOu68 Versi resepi gulai lemak ayam dari Perak ini lain daripada biasa. Kuahnya pekat, wangi daun kunyit, dan kombinasi santan dengan kerisik membuatkan gulai ini sangat sedap. Cili kering kisar digunakan, bukan cili padi, jadi pedasnya sederhana tetapi aroma tetap penuh. Resepi gulai lemak ayam ini panaskan lama pun kuah tidak pecah, malah rasanya seperti rendang. Sesuai untuk hidangan keluarga, kenduri, atau makan nasi panas di rumah. Baca juga: Cara Guna Santan Kotak Dengan Betul Supaya Kuah Gulai, Kari & Rendang Pecah Minyak Cantik RESEPI GULAI LEMAK AYAM MAK MENTUA Bahan-bahan: ½ ekor ayam, potong 6 1 mangkuk santan pekat (1 biji kelapa) 2-3 sudu besar cili kering kisar (boleh guna cili merah besar tumbuk) 5 ulas bawang merah, hiris 6 ulas bawang putih , hiris 2 inci halia, hiris manjang kecil dan nipis 2 helai daun kunyit, carik-carik 3 biji kentang , potong ikut suka 3 sudu besar kerisik 2 biji tomato (pilihan) 2 batang serai, diketuk 2 ...

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

https://ift.tt/CchOEKS

resepi roti jala simple

Dalam banyak-banyak hidangan ringkas untuk jamuan, ramai yang suka resepi Roti Jala simple. Bukan saja mudah dibuat, malah bahannya pun tak berapa banyak diperlukan.

Roti Jala merupakan antara makanan tradisional Melayu yang popular di Malaysia, terutamanya ketika kenduri. Ia dinamakan sedemikian kerana bentuknya menyerupai jala atau jaring.

Selalu nampak orang lain buat, jadi kali ini kami nak ajak anda cuba sendiri resepi Roti Jala simple yang dikongsikan oleh Suzana Nurkasih di Facebook. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Kari Ayam Bangladesh Simple Tanpa Santan, 3 Langkah Saja Dah Siap!

RESEPI ROTI JALA SIMPLE

resepi roti jala simple

Bahan-bahan:

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, bancuh semua bahan di atas dalam besen besar sampai sedikit pekat.

2. Semasa kisar nanti, tambah air dan lihat pusaran air sebesar ibu jari.

3. Selepas siap menjala, baru boleh gulung. Siap untuk dihidang!

resepi roti jala simple

Perkara paling menarik dalam resepi Roti Jala simple ini, walaupun anda letak banyak-banyak pun ia tak melekat sama sekali. Malahan, ia sungguh lembut dimakan.

Selain kari ayam dan daging, Roti Jala juga sedap dimakan bersama rendang dan sambal tumis udang. Jika suka versi manis sebagai pencuci mulut, boleh makan dengan serawa durian.

Selamat mencuba!

Sumber: Suzana Nurkasih

Baca juga: Cara Membuat Roti Jala Versi Newbie, Pakai Kuali Pun Lembut Hasilnya!

The post Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Restoran Didakwa Basuh Lebihan Makanan Untuk Dijual Semula, Netizen Luah Rasa Jijik & Bimbang!