Langkau ke kandungan utama

Resipi Daging Salai Masak Lemak Versi Tumis, Kuah Pekat, Wangi & Sedap Memikat!

Imej
https://ift.tt/9vayRDp Kalau anda nak cuba daging salai masak lemak versi tumis, resipi ni memang sesuai sangat. Kuah santan pekat, wangi dan rasanya lebih ‘power’ berbanding versi masak lemak biasa yang cair. Sesuai untuk hidangan keluarga atau juadah berbuka puasa, malah kalau nak tukar daging dengan ayam pun boleh, cuma ayam digoreng dulu supaya kuah tetap pekat dan rasa tetap sedap. Kuah pekat, pedas manis dan aroma wangi daging salai memang membuatkan hidangan ini cepat licin pinggan, sesuai untuk sebarang majlis atau makan bersama keluarga. B aca juga: Resipi Daging Black Pepper Yang Empuk & Confirm Tak Liat, Kuahnya Pun Pekat Elok! RESEPI DAGING SALAI MASAK LEMAK VERSI TUMIS Bahan kisar: 6 biji bawang besar 2 inci kunyit hidup 20 biji cili padi hijau (kalau suka pedas boleh tambah) Bahan lain: Daging salai 2 batang serai (diketuk) 2 keping asam keping Sedikit serbuk kunyit Garam, serbuk perasa dan gula secukup rasa 2–3 kotak kecil santan Cara-cara penye...

Resepi Ayam Ros Kenduri Versi Ekspres, Kuah Pekat Bersalut & Nostalgia Kenduri Kampung

https://ift.tt/zeUWb30

resepi ayam ros

Jika anda sedang mencari resepi ayam ros yang ringkas tapi rasa padu macam kenduri kampung, resipi ini memang kena dengan selera. Ayam masak merah ros ini diinspirasikan daripada masakan klasik kenduri zaman kanak-kanak, warna merah cantik, kuah pekat, dan ayam bersalut elok dengan rencah.

Bezanya, versi ini dimasak secara ekspres, sesuai untuk hari-hari bila tak ada banyak masa di dapur tapi tetap teringin lauk yang nostalgia dan mengenyangkan.

Rahsia keenakan resipi ini terletak pada bawang kisar kasar dan penggunaan santan, yang menjadikan kuah lebih berlemak, pekat dan melekat cantik pada ayam.

Baca juga: Cara Buat Ayam Goreng Paling Sedap Di Rumah, Mudah & Cepat Dengan Satu Bahan Rahsia

RESEPI AYAM ROS KENDURI

resepi ayam ros

Bahan-bahan:

  • Ayam – digoreng dan ketepikan
  • Santan – secukupnya
  • Bawang merah – dikisar kasar
  • Serai – dititik
  • Kulit kayu manis
  • Serbuk perencah masak merah
  • Serbuk cili
  • Bawang merah – dipotong bulat
  • Kacang hijau (pilihan)

Cara-cara penyediaan:

1. Goreng ayam hingga masak dan sedikit garing. Angkat dan ketepikan.

2. Kisar bawang merah secara kasar, jangan terlalu halus.

3. Panaskan minyak, tumis bawang kisar bersama serai dan kulit kayu manis hingga wangi.

4. Masukkan serbuk perencah masak merah dan tumis hingga pecah minyak.

5. Masukkan serbuk cili, tumis sekali lagi hingga naik minyak.

6. Masukkan ayam goreng dan gaul hingga ayam bersalut rata dengan kuah.

7. Tuangkan santan dan biarkan masak seketika dengan api sederhana.

8. Masukkan bawang merah bulat dan kacang hijau jika suka.

9. Masak hingga kuah pekat dan berkilat. Siap untuk dihidang.

Tips Penting Supaya Ayam Ros Jadi Cantik & Sedap

  • Gunakan bawang kisar kasar, bukan halus, supaya kuah lebih bertekstur dan berpalut pada ayam.
  • Tumis rencah hingga betul-betul pecah minyak untuk warna merah yang cantik dan rasa tak pahit.
  • Api sederhana semasa masukkan santan bagi elakkan kuah ros pecah.
  • Goreng ayam terlebih dahulu supaya ayam tak mudah hancur dan kekal juicy.
  • Jika suka rasa kenduri yang lebih naik, boleh tambah sedikit minyak ayam goreng ke dalam kuah.

Resepi ayam ros versi ekspres ini sesuai untuk makan seisi keluarga atau majlis kecil di rumah. Walaupun cara ringkas, rasa dan rupanya tetap mengingatkan kita pada lauk kenduri kampung yang penuh nostalgia.

Selamat mencuba!

Sumber: Sally Aqua

Baca juga: Resepi Ayam Balado Simple, Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Hidangan ‘Express’ Setiap Hari

The post Resepi Ayam Ros Kenduri Versi Ekspres, Kuah Pekat Bersalut & Nostalgia Kenduri Kampung appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan