Langkau ke kandungan utama

Resipi Rendang Daging Tok Perak Asli, Pekat Berempah Wangi Macam Kenduri Raya Dulu-Dulu

Imej
https://ift.tt/aIHUGO2 Kalau sebut hidangan wajib waktu raya, memang tak sah tanpa rendang daging tok yang pekat, gelap berkilat dan penuh rasa rempah yang ‘naik’. Hidangan warisan dari Perak ini terkenal dengan teknik masakan perlahan yang buat daging jadi lembut dan kuahnya meresap sampai ke dalam serat. Resipi ini diinspirasikan daripada perkongsian Rm Zuan di Facebook dan telah dipermudahkan sedikit, tapi rasa tetap kekal autentik macam rendang tradisi lama. Baca juga: Udang Masak Rendang Paling Wangi & Pedas, Resipi Sempurna Untuk Jamuan Raya Bersama Keluarga APA ITU RENDANG DAGING TOK? Rendang Tok ialah rendang tradisional Perak yang dimasak lama dengan santan, kerisik dan rempah sangai. Hasilnya ialah kuah pekat, gelap, berminyak cantik dan rasa rempah yang mendalam. Bahan utama: 1kg daging (potong 2 inci) Bahan-bahan rempah sangai dan tumbuk: 2 sudu besar ketumbar 2 sudu besar jintan manis 1 sudu lada hitam (tidak disangai) 2 sudu besar jintan putih Sanga...

Resipi Daging Salai Masak Lemak Versi Tumis, Kuah Pekat, Wangi & Sedap Memikat!

https://ift.tt/9vayRDp

daging salai masak lemak

Kalau anda nak cuba daging salai masak lemak versi tumis, resipi ni memang sesuai sangat. Kuah santan pekat, wangi dan rasanya lebih ‘power’ berbanding versi masak lemak biasa yang cair.

Sesuai untuk hidangan keluarga atau juadah berbuka puasa, malah kalau nak tukar daging dengan ayam pun boleh, cuma ayam digoreng dulu supaya kuah tetap pekat dan rasa tetap sedap.

Kuah pekat, pedas manis dan aroma wangi daging salai memang membuatkan hidangan ini cepat licin pinggan, sesuai untuk sebarang majlis atau makan bersama keluarga.

Baca juga: Resipi Daging Black Pepper Yang Empuk & Confirm Tak Liat, Kuahnya Pun Pekat Elok!

RESEPI DAGING SALAI MASAK LEMAK VERSI TUMIS

daging salai masak lemak

Bahan kisar:

  • 6 biji bawang besar
  • 2 inci kunyit hidup
  • 20 biji cili padi hijau (kalau suka pedas boleh tambah)

Bahan lain:

  • Daging salai
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 2 keping asam keping
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Garam, serbuk perasa dan gula secukup rasa
  • 2–3 kotak kecil santan

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Masukkan 1 batang serai dan biarkan beberapa saat. Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis dengan api paling perlahan hingga pecah minyak. Kacau selalu supaya bahan tumis tidak hangus.
  2. Setelah pecah minyak, masukkan daging salai, air dan santan. Sukatan air dan santan ikut banyak kuah yang anda suka. Lebih santan, lebih pekat kuahnya. Kacau hingga sebati.
  3. Bila kuah sudah mendidih, masukkan garam, gula, serbuk perasa dan cili padi tambahan kalau mahu lebih pedas. Kacau sebati dan masak sekejap lagi. Siap untuk dihidang!

Sumber: Aisyah Humaira

Baca juga: Cara Masak Nasi Daging Utara Yang Empuk, Resipi Lengkap Dengan Sambal Air Asam Kerisik

The post Resipi Daging Salai Masak Lemak Versi Tumis, Kuah Pekat, Wangi & Sedap Memikat! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Restoran Didakwa Basuh Lebihan Makanan Untuk Dijual Semula, Netizen Luah Rasa Jijik & Bimbang!

Kuih Kaswi Gedik Guna Tepung Beras, Resipi Ini Dapat Hasil Lembut & Kenyal Elok!

Cara Buat Kopi Susu Kaw Pekat Berlemak, Sekali Minum Memang Susah Nak Lupa!