Resepi Daging Masak Hitam, Gaul Dengan Bawang Goreng Baru Sedap Menyengat!

Imej
https://ift.tt/2p1LYrZ Sebelum menyambut Hari Raya yang bakal tiba, kenalah cuba kemahiran memasak dahulu. Jadi untuk lauk berbuka hari ini, anda boleh masak resepi Daging Hitam yang sedap. Daging Masak Hitam terkenal dengan rasanya yang kaya dan sedikit pedas. Biasanya, ia dimasak menggunakan potongan daging yang empuk dan dimasak perlahan bersama rempah. Jaja Noriza telah kongsikan rahsia dalam resepi Daging Hitam di Facebook yang ternyata mendatangkan hasil sungguh lazat tak terhingga. Jom kita cuba! Baca juga: Air Asam Daging, Lauk Tunggu Gaji Ini Buat Orang Terliur Hirup Kuahnya RESEPI DAGING HITAM Bahan-bahan: 1kg daging (diperap dengan kicap pekat, kicap manis dan sedikit gula) 1kg bawang goreng (lebih sedap bawang digoreng sendiri, guna bawang kecil lebih sedap) 1 senduk cili kisar (jika suka pedas , boleh lebihkan) Kicap pekat Kicap manis Air asam jawa Kicap masin Garam dan gula secukupnya Air Minyak masak (untuk menumis) Cara-cara memasak: 1. Mula-...

Anjing Tertua Di Dunia Dilapor Mati

Anjing Tertua Di Dunia Dilapor Mati

Anjing tertua di dunia, Bobi dilapor mati pada usia 31 tahun dan 165 hari, kata Guinness World Records (GWR) pada Isnin.

Kematian Bobi disahkan Dr Karen Becker pada Jumaat, yang memuat naik hantaran di Facebook dengan berkata, “walaupun hidup lebih lama dalam sejarah anjing, 11,478 hari Bobi di bumi tidak pernah cukup terutama buat mereka yang menyayanginya.”

Pemilik Bobi, Leonel Costa memberitahu GWR, Februari lalu bahawa terdapat beberapa ‘rahsia’ umur panjang Bobi.

Antaranya, anjing jantan itu bergerak bebas tanpa dirantai, tinggal dalam persekitaran yang ‘tenang dan damai’ serta makan makanan manusia yang direndam dalam air untuk menghilangkan perasa.

Bobi menghabiskan usianya di perkampungan kecil Portugis di Conqueiros, kira-kira 150 kilometer di utara Lisbon. Ia juga dikatakan selalu merayau bersama kucing.

Bobi adalah baka Rafeiro do Alentejo iaitu jenis anjing pengawal yang mempunyai jangka hayat antara 12 ke 14 tahun, menurut American Kennel Club.

Namun, Bobi hidup lebih dua kali lama daripada jangka hayat itu, melepasi anjing tertua sebelum ini yang dilahirkan pada 1910 dan hidup selama 29 tahun lima bulan.-hmetro

The post Anjing Tertua Di Dunia Dilapor Mati appeared first on BadusInfo.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!