Cara Masak Mee Bandung Simple Berkuah Pekat, Masukkan Bahan Rahsia ‘Ini’

Imej
https://ift.tt/46lLDaW Musim hujan pada waktu petang membuatkan ramai teringin berbuka puasa dengan hidangan berkuah yang hangat. Oleh itu, anda boleh cuba cara masak Mee Bandung yang simple ini. Mee Bandung adalah hidangan mee paling popular di Malaysia yang berasal dari Johor. Gandingan mee kuning bersama telur dan kuah pekat mampu membuat selera terangkat. Cara masak Mee Bandung ini dikongsikan oleh Halimatussaadiah Sidek di Facebook bersama rahsia kuah yang pekat dan sedap dihirup. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Mee Kuning Homemade ‘Gluten-Free’, Tak Pakai Tepung Gandum Pun Menjadi! CARA MASAK MEE BANDUNG Bahan kisar: 2 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 10 tangkai lada kering (kurangkan jika tak nak pedas) 2 paket udang kering Bahan-bahan lain: ½kg mee kuning Segenggam kacang tanah (goreng dan tumbuk) 2 sudu tepung gandum (bancuh dengan air biar cair) Gula Garam Ajinomoto Daging Sotong Udang (ikut suka) Sawi Lobak merah Tauhu Daun sup Bawang g...

Sarjan Ditembak Di Belakang Balai Polis

Sarjan Ditembak Di Belakang Balai Polis

Anggota polis berpangkat Sarjan ditemukan meninggal dunia dengan tiga kesan tembakan di belakang Balai Polis Bayan Lepas, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, sepucuk pistol turut ditemukan pada mayat mangsa.

Baca: Balai Polis Diserang Empat Pegawai Terbunuh

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, mangsa berusia 51 tahun adalah anggota yang bertugas di balai berkenaan.

“Mangsa ditemukan meninggal dunia dengan kesan tembakan pada leher, dada dan kepala.

“Polis juga menemukan sepucuk pistol bersama mangsa,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Kamarul berkata, pasukan forensik sudah menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

“Kes berkenaan juga masih dalam siasatan pihak polis.

“Sehubungan itu orang ramai dinasihati supaya tidak menyebar sebarang spekulasi berhubung kejadian,” katanya.-hmetro

The post Sarjan Ditembak Di Belakang Balai Polis appeared first on BadusInfo.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!