Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Bapa Tunggal Rayu Hadiahkan Sepotong Kek Untuk Hari Lahir Anaknya Undang Sebak

Buat orang dewasa, sambutan ulang tahun kelahiran mungkin dianggap tidak penting lagi namun tidak kepada kanak-kanak. Adanya sambutan hari lahir walaupun dengan dapat sepotong kek pun sudah cukup menceriakan hari mereka. Namun, tidak semua orang mampu seperti kisah menyayat hati yang dikongsikan oleh si ayah ini.

Disebabkan kesempitan wang, ayah ini memohon kepada orang ramai untuk menghadiahkan sepotong kek sempena hari lahir anak sulungnya.

Baca juga: Anak Hidap Kanser Tulang, Bapa Mohon Sumbangan Untuk Teruskan Kemoterapi

“HADIAHKANLAH SEPOTONG KEK UNTUK HARI LAHIR ANAK SAYA..”

sepotong kek

Foto: Harian Metro

Saya merayu, dengan rendah diri mohonlah pada sesiapa yang sudi menghadiahkan sepotong kek buat anak saya sempena hari lahirnya ke sembilan hari ini.”

Ini merupakan permintaan seorang ayah tunggal dikenali dengan nama Nasarudin Md Nasir, 52 tahun yang tinggal di Taman Desa, Port Dickson. Kisah menyentuh hati ini adalah apabila seorang ayah tidak mampu membelikan kek, jauh sekali mengadakan sambutan sempena ulang tahun kelahiran anak sulungnya, Mikael Damien Qaizer.

Tolong ceriakan anak yatim ini kerana saya tidak mampu hadiahkan serta belikan sepotong kek kerana saya sakit, ada masalah kewangan,

Menurut laporan Harian Metro, Encik Nasarudin sudah dua bulan tidak bekerja kerana masalah kesihatan akibat masalah buah pinggang kiri mengecil jadi memang hidup dalam kesempitan. Sangat menyayat hati apabila ada ketikanya, dia dan dua anaknya termasuk yang bongsu, Mikael Danish Qaizer, 7, terpaksa mengikat perut kerana ketiadaan wang.

ISTERI MENINGGAL JANUARI LEPAS..

sepotong kek

Foto: Pinterest

Kesempitan dalam hal kewangan dan beberapa dugaan lain bermula selepas isteri (Zudairulwati Jaafar) meninggal dunia pada 2 Januari lalu akibat barah paru-paru. Malah, dia pula bukan tak nak bekerja cuma buat masa ini keadaan kesihatan memang tak mengizinkan.

Oleh kerana mereka tiga beranak hidup dengan apa adanya di rumah sewa dan kalau bukan kerana anak, si ayah tak akan minta bantuan. Mengenangkan semalam iaitu 19 Mei merupakan ulang tahun kelahiran anaknya, dia berharap pada sesiapa yang sudi menghulurkan seikhlas sedekah demi tunaikan hajat anak saya untuk dapatkan sepotong kek.

Nasarudin berkata, dia berterima kasih kepada yang sudi menyumbang dan berdoa semoga Allah SWT memberi ganjaran setimpal.

“Saya tak mampu nak balas tapi berdoa semoga Allah SWT limpahkan rezeki kepada anda semua.

Lebih meruntun hati apabila dia juga meminta bantuan ini untuk menambah kegembiraan anaknya sempena ulang tahun kelahirannya kerana sampai ke hari ini, anak sulungnya dan adiknya masih terkenangkan ibu mereka yang sudah tiada. Melihat kepada perkongsian posting di Harian Metro, penuh dengan ucapan Selamat Hari Lahir kepada adik Mikael dari warganet.

*Orang ramai yang berhasrat membantu Nasarudin boleh menghulurkan sumbangan ke akaun Maybank bernombor 164294278295 atas nama Nasarudin Md Nasir atau menghubunginya di talian 011-18782672.

Baca juga: STOP Bagi Jajan Masa Hari Jadi Anak, Ini 10 Idea ‘Goodies Birthday’ Boleh Bagi!

Sumber: Harian Metro

The post Bapa Tunggal Rayu Hadiahkan Sepotong Kek Untuk Hari Lahir Anaknya Undang Sebak first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!