Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Buah Durian Memang Bagus Untuk Kesihatan Tapi Boleh Jadi ‘Racun’ Juga Sebenarnya

Sudah tiba musim buah yang paling dinanti-nantikan oleh semua orang iaitu buah durian. Selain rasanya sedap, khasiat buah durian juga memang banyak untuk kesihatan berbanding buah-buahan tempatan lain.

Namun begitu, perlu diingatkan agar berpada-pada kerana manfaat tersebut boleh menyebabkan ‘racun’ untuk kesihatan diri jika diambil secara berlebihan seperti perkongsian Dr Ahmad Samhan.

Baca juga: “Hmm Tak Tahulah Nak Makan Mana…” Rupanya Ini Tanda Anda Ada Masalah Food Anxiety

KHASIAT BUAH DURIAN MEMANG BANYAK TAPI KENA HATI-HATI

KHASIAT BUAH DURIAN

1. Sifar kolesterol dan tinggi lemak tak tepu (lemak baik) 

Kolesterol boleh menyebabkan jantung tersumbat dan durian bebas daripada kolesterol. Lemak tak tepu baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi.

2. Tinggi anti oksidan 

Anti oksidan dapat membantu memperlahankan proses penuaan dan mengelakkan kerosakan sel penyebab kanser

3. Kaya folic acid dan folate

Bagi mereka yang mempunyai masalah kurang darah (anemia) sangat sesuai untuk penghasilan sel darah merah.

4. Tinggi serat dan fiber

Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit kerana ia boleh melancarkan sistem penghadaman.

5. Mengandungi Tryptophan

Ia merupakan bahan untuk penghasilan serotonin dan melatonin. Boleh membantu sekiranya anda mempunyai masalah tidur (insomnia), kemurungan dan dapat mengurangkan stress. 

Walau bagaimanapun, ia akan jadi racun jika diambil secara berlebihan. Pakar nutrisi menasihatkan hanya 100gm atau 2 ulas kecil durian setiap hidangan.

Antara mudarat jika diambil berlebihan:

Tinggi kalori – Kalori yang tinggi akan menyebabkan kegemukkan.

Tinggi kandungan gula – Bahaya terutamanya bagi mereka yang mempunyai kencing manis dan masalah buah pinggang.

Gastrik – Ia akan membebaskan gas dan alkohol semasa dihadam dan menyebabkan perut kurang selesa dan keradangan perut.

Badan jadi panas – Tindak balas kimia dan proses metabolisma semasa proses penghadaman membuatkan badan jadi panas dan tidak selesa.

Jadi, berpada-padalah bila makan durian. Jangan gelojoh sangat sampai makan 5 biji sehari.

Baca juga: Anda Boleh Terkena Penyakit Ini Kalau Makan Garam Lebih 2 Sudu Setiap Hari, Bahaya!

Sumber: Dr Ahmad Samhan

The post Buah Durian Memang Bagus Untuk Kesihatan Tapi Boleh Jadi ‘Racun’ Juga Sebenarnya first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!