Resepi Dadih ‘Legend’ Sukatan Cawan, Lemak Berkrim Dan Cair Di Mulut!

Imej
https://ift.tt/0DtQgHJ Setelah menjamu selera sewaktu berbuka puasa, pasti nak makan pencuci mulut yang sedap juga. Jadi, kami nak kongsikan resepi Dadih sukatan cawan yang cukup klasik. Resepi Dadih sukatan cawan ini dibuat oleh Masmira Idris di Facebook dan hasilnya lemak berkrim yang cukup mengagumkan. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Dadih Vanilla Durian, Guna 4 Bahan Saja Tapi Lemak Berkrim! RESEPI DADIH SUKATAN CAWAN Bahan A: 16 hingga 20g agar-agar (1 cawan selepas basuh)  14 cawan air Bahan B: 1½ cawan gula 3 helai daun pandan (koyak dan simpul) Bahan C: 300g atau 3 cawan susu tepung Dutch Lady full cream 1 cawan creamer coffee mate 3 cawan air panas Bahan D: Vanilla – esen vanilla Jagung – pes jagung Greenhill Strawberry – pes strawberry Greenhill Keladi – pes keladi Greenhill Coklat – chocolate emulco Nona atau Meriah atau Soho Honeydew – pes honeydew Greenhill campur pewarna hijau epal Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, ambil agar-aga...

[VIDEO] Kelibat harimau dikesan pengguna jalan raya di Lojing

PETALING JAYA – Kelibat seekor harimau berjaya dikesan pengguna jalan raya yang melalui Jalan Gua Musang, Lojing semalam.

Menerusi klip video yang dikongsi di laman Facebook Mohd Fadli Othman, kelihatan haiwan tersebut berada disebalik semak di tepi jalan.

Berdasarkan video yang berdurasi 23 saat itu, kelihatan haiwan itu ‘jinak’ serta tidak menunjukkan sebarang reaksi atau bertindak ganas.

Jelas perakam lagi, kelibat haiwan tersebut dirakam sewaktu dia melalui jalan sekitar Lojing, Gua Musang semalam.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna telah meninggalkan pelbagai reaksi pada hantaran tersebut.

“Ini memang kawasan dia, ada juga kawan-kawan pernah terserempak ketika melalui jalan ini,”tulis Tok Azman.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Hisham Bakar.

“Nampak jinak, sebab rasa tak terancam sebab tu rimau tu tak bertindak agresif walaupun dirakam. Tetapi hati-hati yang melalui kawasan ini,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

The post [VIDEO] Kelibat harimau dikesan pengguna jalan raya di Lojing appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!