Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Permohonan UPU Secara Online Sesi Akademik 2024/2025 Dibuka Bermula 29 Februari

Permohonan UPU online sesi akademi 2024/2025 sudah dibuka bermula hari ini (29 Februari) pada jam 12.00 tengah hari. Setiap pemohonan UPU perlu ada nombor pin yang dibeli di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

Maklumat lanjut mengenai permohonan UPU tahun 2024/2025, boleh ikuti perkongsian penuh di bawah.

Baca juga: Senarai Perbezaan Program Lepasan SPM, Yang Mana Satu Jadi Pilihan Adik-Adik?

PERMOHONAN UPU ONLINE SESI AKADEMIK 2024/2025

PERMOHONAN UPU ONLINE

Fasa 1

  • Bermula 29 Februari 2024 (Khamis) pada jam 12.00 tengah hari
  • Ditutup pada 29 Mac (Jumaat) jam 5.00 petang

Fasa 2

  • Dibuka 29 April (Isnin) pada jam 12.00 tengah hari
  • Ditutup 9 Jun (Ahad) jam 5.00 petang

*Program pengajian bertemuduga atau ujian tiada ditawarkan pada fasa 2 ini.

Kategori layak memohon

Pemohonan boleh dibuat menerusi laman sesawang rasmi: https://upu.mohe.gov.my

Bagi kategori lepasan SPM:

  • SPM 2023 (Tahun semasa)
  • SPM 2022 & 2021 (Bukan tahun semasa)

Bagi kategori lepasan STPM/SETARAF:

  • STPM 2023
  • Matrikulasi KPM – 2023/2024
  • Asasi sains UM – 2023/2024
  • Asasi Sains Sosial UM – 2023/2024
  • ASASIpintar UKM – 2023/2024
  • Asasi UITM – 2023/2024
  • Asasi TVET Politeknik – 2023/2024
  • STAM 2023 & 2023
  • Diploma & setaraf

Pemohonan perlu disertakan dengan nombor pin yang dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN)

Pembelian boleh dibuat:

  • Di 350 kaunter cawangan BSN
  • 700 mesin ATM BSN
  • Perbankan internet myBSN

– Pembelian pin UPUONLINE boleh dilakukan pada 28 Februari sehingga 8 Jun 2024.

– Harga no pin adalah RM10.60

– Pihak BSN akan memberi anda nombor pin berserta resit pembayaran.

*Dinasihatkan agar memilih kos pengajian dengan betul dan bijak mengikut minat anda. Jangan ikut minat kawan ya.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Cara Mohon Kemasukan Prasekolah KPM, Dibuka Bermula 1 Mac Ini

Sumber: Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA/UNIT Pusat Universiti (UPU)

The post Permohonan UPU Secara Online Sesi Akademik 2024/2025 Dibuka Bermula 29 Februari first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!