Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Rekod Dunia Lelaki Kumpul 3615 Telefon Bimbit

Rekod Dunia Lelaki Kumpul 3615 Telefon Bimbit

Seorang lelaki Sepanyol yang sangat obses dengan telefon bimbit model Nokia melakar sejarah dalam Rekod Dunia Guinness (GWR) kerana mengumpul 3,615 telefon bimbit.

Portal UPI melaporkan, ​​Wences Palau Fernandez dari Barcelona berkata, cintanya terhadap telefon itu bermula apabila dia menerima Nokia 3210 warna kelabu untuk Hari Krismas pada 1999.

Sejak 2008, dia mula mengumpul telefon Nokia yang pada masa lalu, tidak mampu dibelinya.

Koleksinya bertambah apabila Fernandez mula mengumpul jenama telefon bimbit lain hingga menjadikannya pengumpul telefon bimbit terbanyak di dunia.

“Evolusi koleksi saya adalah berterusan, dan walaupun saya meninggalkannya selama kira-kira setahun, kemudian saya teruskan dengan niat untuk mendapatkan (telefon bimbit).

“(Ia) sebagai tambahan kepada semua telefon yang dilancarkan Nokia di pasaran iaitu telefon bimbit ini yang tidak dijual (di pasaran), telefon yang kita semua kenali sebagai prototaip,” katanya kepada GWR.

Beberapa telefon yang lebih luar biasa dalam koleksinya ialah versi Yoda, Starfighter, Obi-Wan Kenobi, Cyborg dan Padawan daripada koleksi Nokia 3220 Star Wars Episode III.

“Dalam koleksi saya, saya mempunyai model yang sangat eksklusif dan sukar dicari. Koleksi semasa saya adalah hasil daripada ketekunan dan usaha mengumpul wang.

“Jika kamu seorang pengumpul, kamu pasti tahu apa yang saya maksudkan. Koleksi yang masih belum lengkap tetapi saya terus kembangkan apabila boleh,” katanya.-hmetro

The post Rekod Dunia Lelaki Kumpul 3615 Telefon Bimbit appeared first on BadusInfo.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!