Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Tunisia berisiko tersingkir aksi Piala Dunia

TUNIS – Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memberi amaran bahawa Tunisia berisiko tersingkir daripada Piala Dunia bulan depan sekiranya kerajaan negara itu tetap campur tangan dalam urusan pentadbiran persatuan bola sepak negara itu.

Reaksi badan induk bola sepak dunia dibuat selepas wujudnya kenyataan daripada Menteri Belia dan Sukan Tunisia, Kamel Deguiche yang memberi gambaran untuk membubarkan Persekutuan Bola Sepak Tunisia (FTF).

FIFA beranggapan kenyataan Deguiche itu sebagai cubaan untuk melibatkan diri dalam pentadbiran FTF sedangkan setiap urusan bola sepak di setiap negara wajib bebas daripada campur tangan pihak ketiga khususnya pihak kerajaan.

“Sebarang kegagalan untuk mematuhi ketetapan ini akan mengakibatkan Tunisia dikenakan penalti di bawah peruntukan FIFA termasuk menggantung FTF,” menurut surat yang diutuskan oleh Pengarah Ahli Gabungan FIFA, Kenny Jean-Marie kepada Setiausaha Agung FTF, Wajdi Aouadi.

Ketika ini, FIFA turut memberikan tempoh sehingga Jumaat ini kepada FTF untuk menjawab dan menjelaskan kedudukan sebenar.

Jika FTF tetap dikenakan sekatan daripada FIFA, Tunisia akan terus disingkirkan daripada Piala Dunia, manakala kelab tempatan juga akan dihalang daripada turut serta dalam pertandi­ngan antarabangsa.

Di Piala Dunia nanti, Tunisia diletakkan dalam Kumpulan D bersama Perancis, Denmark dan Australia. – AGENSI

The post Tunisia berisiko tersingkir aksi Piala Dunia appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!