Langkau ke kandungan utama

Resepi Bengkang Roti Paling Jimat, Guna Roti Lama Jadi Kuih Lembut Berlemak, Sesuai Menu Sahur & Moreh

Imej
https://ift.tt/zKACjcw Kalau ada roti hampir tamat tempoh di dapur, jangan terus dibuang. Sebenarnya, roti lebihan boleh diolah menjadi kuih tradisional dengan resepi bengkang roti yang lembut, berlemak dan sangat mengenyangkan. Resepi bengkang roti ini menjadi perhatian ramai kerana hanya menggunakan bahan asas dan cara penyediaannya tidak rumit. Hasilnya pula lembut, rasa lemak manis seimbang dan sangat sesuai dijadikan menu sahur, moreh atau sarapan. Baca juga: Resepi Roti Telur Mayonis 3 Bahan, Simple & Cepat Siap Untuk Sarapan Atau Sahur RESEPI BENGKANG ROTI PALING JIMAT Bahan-bahan: 1 bungkus roti Gardenia (jumbo) 2 biji telur ayam 1 kotak kecil santan 2 cawan susu segar 3 sudu besar tepung gandum 2 sudu besar tepung kastard Gula secukup rasa Secubit garam 2 sudu besar butter Cara-cara penyediaan: 1. Koyakkan roti ke dalam bekas . 2. Rendam dengan air suam sehingga roti kembang. 3. Ramas sedikit hingga tekstur lembut. 4. Masukkan semua bahan lain. 5. G...

Gagal Tiru Resepi Khairul Aming, Gelagat Lelaki Ini Buat Netizen Komen Pecah Perut

https://ift.tt/SKLmGe0

resepi khairul aming gagal

Apabila tiba bulan Ramadan, ramai menantikan 30 resepi Khairul Aming yang menyelerakan. Pada masa yang sama, ada resepi Khairul Aming gagal ditiru dalam keadaan mencuit hati.

Pada tahun ini, pencipta kandungan popular di Malaysia iaitu Khairul Aming membuat kelainan dengan berkongsikan sebanyak 60 resepi untuk para pengikutnya.

Baru-baru ini, seorang lelaki telah mencuba salah satu resepi Khairul Aming iaitu Hot Chicken Tenders. Namun, ramai geli hati setelah melihat video oleh havocadoo di TikTok ini.

Baca juga: Lelaki Buka Gerai Mini Bazar Depan Rumah Tapi Tiada Pelanggan, Ini Antara Reaksi Netizen

HOT CHICKEN TENDERS, RESEPI KHAIRUL AMING GAGAL DITIRU OLEH LELAKI INI

@havocadooHmm tak jadi :(♬ original sound – I’m Your Photographer


Dari awal video, dia menunjukkan video Khairul Aming meletakkan minyak goreng ayam yang panas ke dalam rempah. Cubaan meniru cara tersebut gagal, malah periuk penuh berapi.

Melihat betapa gigih caranya yang masih cuba memasukkan minyak berkenaan ke dalam rempah, bukan saja tak jadi, malah ia meninggalkan kesan hangus pada sudu.

“Hmm tak jadi :(“, tulisnya di ruang kapsyen membuatkan netizen semakin berdekah melihatnya.

ANTARA KOMEN NETIZEN YANG KELAKAR, SAMPAI PECAH PERUT NAK BACA

“Resepi KA, tapi ikut mazhab masing-masing.”

resepi khairul aming gagal

“30 hari 30 kes bomba.”

resepi khairul aming gagal

“Guna minyak masak bang, minyak tanah isi dalam pelita.”

resepi khairul aming gagal

“Hidupkan streak katanya.”

resepi khairul aming gagal

“Minyak tu nak tahu ready, kau percik air sikit je. Kalau berbunyi, dah offlah, yang kau pergi buat streak dah kenapa.”

resepi khairul aming gagal

“Abang guna minyak petrol ke?”

“Bang, KA cakap minyak panas. Bukan minyak berapi bang.”

“Setakat pengikut resepi KA, abang memang paling jauh. Jauh dari resepi.”

Walaupun resepi Khairul Aming gagal ditiru, namun tak dinafikan video aslinya sangat menyelerakan. Lebih-lebih lagi dikongsikan sewaktu berpuasa, memang menggoda tekak dibuatnya.

Diingatkan supaya sentiasa berhati-hati di dapur semasa memasak. Apa-apa pun, keselamatan di dapur lebih diutamakan terutama pada bulan Ramadan ini.

Semoga bermanfaat!

Sumber: havocadoo

Baca juga: Peniaga Terpaksa Naikkan Harga Kuih, Luah Tak Sampai Hati Tapi Tiada Pilihan Lain

The post Gagal Tiru Resepi Khairul Aming, Gelagat Lelaki Ini Buat Netizen Komen Pecah Perut appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Restoran Didakwa Basuh Lebihan Makanan Untuk Dijual Semula, Netizen Luah Rasa Jijik & Bimbang!