Resepi Ayam Kukus Halia, Letak Bahan ‘Ini’ Aromanya Jadi Lebih Luar Biasa
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Hari ini nak masak lauk ringkas dan kami terjumpa resepi Ayam Kukus Halia yang wajib anda cuba di rumah. Makan dengan sambal, lebih bertambah nikmatnya.
Resepi Ayam Kukus Halia ini dikongsikan oleh Sakinah Zaily Johari di Facebook yang cukup mudah dibuat dan nampaknya sungguh menyelerakan. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Masak Paprik Ayam Simple Di Rumah, Campak-Campak Terus Siap!
RESEPI AYAM KUKUS HALIA
Bahan bahan untuk ayam:
- Ayam peha atau bahagian isi dada
- Halia
- Bawang putih
- Lada hitam
- 2 sudu sos tiram
- Tepung jagung
- 2 sudu kicap manis atau masin (ikut citarasa nak mana)
- 2 sudu minyak bijan (ada ini sedap bau)
- Daun sup atau bawang (untuk hiasan)
Bahan-bahan untuk sambal:
- 2 biji cili merah besar
- 4 biji cili padi (ikut kepedasan masing-masing)
- 2 ulas bawang putih
- Halia (saiz besar ibu jari)
- Garam atau gula (ikut citarasa nak manis atau masin sambal nanti)
- Limau kasturi atau lemon
- 2 sudu minyak masak
Cara-cara memasak ayam:
1. Mula-mula, tumbuk halia, bawang putih dan lada hitam.
2. Selepas itu, perap bahan tumbuk bersama ayam selama setengah jam.
3. Kemudian, letak sos tiram, kicap, minyak bijan dan tepung jagung.
4. Apabila sudah campur semua, bahan, perap dalam setengah jam lagi.
5. Setelah selesai perap, boleh kukus ayam selama 20 hingga 25 minit sampai masak.
6. Akhir sekali, ayam sudah masak baru tabur dengan daun sup dan daun bawang. Siap!
Cara-cara memasak sambal:
1. Mula-mula, masukkan cili merah besar, cili padi, bawang putih dan halia ke dalam chopper, kemudian kisar.
2. Apabila sudah siap bahan dikisar itu, letak dalam bekas.
3. Selepas itu, panaskan minyak masak. Kemudian, minyak itu letak dalam bahan yang dikisar tadi.
4. Akhir sekali, perasakan dengan garam atau gula dan perah limau untuk rasa masam penyedap rasa. Siap!
Resepi Ayam Kukus Halia ini pasti menjadi menu kesukaan keluarga anda di rumah. Dapat makan hidangan sihat seperi ini, memang kepuasan yang tak terhingga.
Selamat mencuba!
Sumber: Sakinah Zaily Johari
Baca juga: Ayam Masak Minang, Ramai ‘Approve’ Hasil Kuah Cantik Dengan Resipi Ini
The post Resepi Ayam Kukus Halia, Letak Bahan ‘Ini’ Aromanya Jadi Lebih Luar Biasa appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan