Cara Masak Mee Bandung Simple Berkuah Pekat, Masukkan Bahan Rahsia ‘Ini’

Imej
https://ift.tt/46lLDaW Musim hujan pada waktu petang membuatkan ramai teringin berbuka puasa dengan hidangan berkuah yang hangat. Oleh itu, anda boleh cuba cara masak Mee Bandung yang simple ini. Mee Bandung adalah hidangan mee paling popular di Malaysia yang berasal dari Johor. Gandingan mee kuning bersama telur dan kuah pekat mampu membuat selera terangkat. Cara masak Mee Bandung ini dikongsikan oleh Halimatussaadiah Sidek di Facebook bersama rahsia kuah yang pekat dan sedap dihirup. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Mee Kuning Homemade ‘Gluten-Free’, Tak Pakai Tepung Gandum Pun Menjadi! CARA MASAK MEE BANDUNG Bahan kisar: 2 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 10 tangkai lada kering (kurangkan jika tak nak pedas) 2 paket udang kering Bahan-bahan lain: ½kg mee kuning Segenggam kacang tanah (goreng dan tumbuk) 2 sudu tepung gandum (bancuh dengan air biar cair) Gula Garam Ajinomoto Daging Sotong Udang (ikut suka) Sawi Lobak merah Tauhu Daun sup Bawang g...

Ini Manfaat Berjalan Kaki Yang Anda Tak Sangka, Memang Kena Cuba!

Tahukah anda, manfaat berjalan kaki 10 minit setiap hari memang bagus untuk kesihatan. Walaupun hanya sekejap namun ia boleh menghalang daripada risiko penyakit kronik.

Tak perlu bersusah-payah keluarkan duit kerana tidak memerlukan sebarang alatan. Berikut adalah kebaikan berjalan yang anda perolehi daripada aspek fizikal dan mental.

Baca juga: Baru Tahu Ada Perbezaan Antara Sakit Kepala & Migrain, Ingatkan Sama!

10 MANFAAT BERJALAN KAKI 10 MINIT SETIAP HARI, BAGUS!

MANFAAT BERJALAN KAKI

1. KURANGKAN TEKANAN

Berjalan selama 10 minit setiap hari mampu memberi ketenangan dan menjauhkan diri daripada tekanan. Ini kerana pembebasan endorfin dapat membantu meningkat mood.

2. DAPAT TURUNKAN BERAT BADAN

Selain itu, dapat membantu membakar kalori bergantung pada kelajuan anda. Bermula daripada 1000 langkah, kemudian tambah hingga 10,000 langkah sehari.

3. BANTU TURUNKAN DARAH

Berjalan selama 10 minit boleh membantu untuk menurunkan darah tinggi, tidur yang lena dan mengekalkan tenaga sepanjang hari.

4. KURANGKAN NAFSU MAKAN

Berjalan boleh mengurangkan keinginan untuk makan makanan tinggi kalori. Jangan sesekali memilih minuman manis atau snek yang tidak sihat selepas bersenam kerana tidak sesuai.

5. TINGKATKAN KESIHATAN TULANG

Salah satu cara terbaik untuk meningkatkan kesihatan tulang adalah dengan melakukan berjalan.

6. BERNAFAS DENGAN LEBIH MUDAH

Pernafasan lebih mudah kerana badan sudah biasa bersenam.

MANFAAT BERJALAN KAKI

7. MENJAGA JANTUNG

Berjalan 10 minit sehari mempunyai manfaat yang luar biasa untuk jantung. Ini kerana dapat mengawal gula dalam darah, menurunkan kolesterol dan menjaga jantung.

8. DAPAT MENGUATKAN KAKI

Berjalan dengan kerap dapat membantu menguatkan tulang kaki. Ini bermakna kemungkinan untuk jatuh ketika melakukan senaman adalah rendah.

9. MENGURANGKAN KESAKITAN

Apabila anda kurang berjalan, otot, ligamen, tendon dan fascia kurang digunakan. Hal ini akan menyebabkan sakit badan dan sendi. Dengan berjalan selama 10 minit, badan akan lebih fleksibel dan mengurangkan kesakitan.

10. HIDUP LEBIH LAMA

Kajian mendapati bahawa orang yang melakukan 10 hingga 59 minit senaman sederhana seperti berjalan mempunyai risiko kematian 18% lebih rendah.

Gaya hidup yang tidak aktif akan menyebabkan penyakit seperti kardiovaskular, diabetes jenis 2, kanser dan gangguan muskuloskeletal.

Baca juga: Rupanya Ada 7 Kebaikan Jagung Untuk Ibu hamil, No. 6 Itu Mengurangkan Risiko Kecacatan!

Sumber: Wisebread & Benenden Hospital

The post Ini Manfaat Berjalan Kaki Yang Anda Tak Sangka, Memang Kena Cuba! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!