Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Sungai Terengganu ‘sunyi’ tanpa aktiviti pelayaran

PADA zaman dahulu, muara Sungai Terengganu sentiasa sibuk dengan kehadiran kapal layar sama ada untuk urusan perdagangan mahupun rekreasi.

Senario tersebut berkait gaya hidup masyarakat Terengganu pada zaman silam yang terkenal bukan sahaja sebagai nelayan, malah sebagai pedagang dan pelayar yang hebat.

Buktinya, legasi pembuatan kapal layar tradisional bermutu tinggi masih terus diwarisi di Pulau Duyong, Kuala Terengganu.

Begitupun, tradisi pelayaran dalam kalangan penduduk ne­geri ini kian pudar seiring dengan peredaran masa.

Kerajaan negeri Terengganu pernah cuba menghidupkan semula muara Sungai Terengganu menerusi penganjuran Piala Monsun yang merupakan perlumbaan kapal layar bertaraf antarabangsa pada tahun 2005, namun ia terhenti sembilan tahun kemudian.

Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Datuk Dr. Mazlan Abd. Ghafar berkata, universiti tersebut yang berorentasikan maritim terpanggil untuk mempopularkan semula aktiviti pelayaran dalam kala­ngan rakyat Terengganu.

“Besar harapan kami untuk melihat semula muara Sungai Terengganu yang luas dan indah ini kembali menjadi lokasi utama aktiviti pelayaran.

“Ia sesuai dengan identiti Kuala Terengganu sebagai bandar raya pesisir pantai,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Mazlan berkata, aktiviti pelayaran di sekitar Muara Sungai Terengganu dengan berlatar belakang Jambatan Angkat Kuala Terengganu juga mampu mengukuhkan lagi sektor pelanco­ngan setempat.

Jelas beliau, usaha untuk mengembalikan budaya pelayaran dalam kalangan komuniti setempat akan dirintis Pusat Latihan Pelayaran (PLP) UMT yang telah dirasmikan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin baru-baru ini.

“PLP UMT bertanggungjawab merangka modul pengajaran bagi menarik minat komuniti setempat bagi menyertai aktiviti pelayaran.

“Kita akan membetulkan semula persepsi ramai sebelum ini yang mengandaikan pelayaran merupakan aktiviti rekreasi elit yang menelan belanja mahal,” ­katanya.

Mazlan menjelaskan aktiviti pelayaran sebenarnya mampu milik dan UMT bersedia untuk menyediakan jurulatih yang berkebolehan bagi memupuk minat terbabit.

Sehubungan itu, beliau berharap visi berkenaan mendapat sokongan padu daripada kerajaan negeri Terengganu.

“Kami berharap Pusat Pelayaran UMT dapat dibenarkan untuk menggunakan fasiliti dan aset kapal layar yang pernah digunakan dalam penganjuran Piala Monsun.

“Aset dan fasiliti itu kini berada di bawah simpanan Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu sejak berakhirnya penganjuran Piala Monsun pada tahun 2014,” katanya.

Mazlan berkata, biarlah aset dan fasiliti ini digunakan semula bagi menarik minat rakyat Terengganu mendalami sukan pelayaran.

Sementara itu, Pengarah Pusat Latihan Pelayaran UMT, Mohd. Hafizi Said berkata, akti­viti pelayaran akan memberi kemahiran kompetensi tambahan kepada komuniti setempat.

Jelas beliau, kemahiran pelayaran bukan acara sukan semata-mata, sebaliknya boleh membuka peluang pekerjaan dalam bidang marin seperti menjadi nakhoda kapal layar.

“Ia secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap sosio-ekonomi kepada komuniti setempat,” katanya.

The post Sungai Terengganu ‘sunyi’ tanpa aktiviti pelayaran appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!