Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Keliru Masakan Apa Sesuai Untuk Perkembangan Otak Anak? Cuba 5 Resipi Makanan Baby Berasaskan Ikan Ini!

Kerap menjadi isu untuk ibu bapa tentang resipi makanan baby mereka kerana bimbang kesesuaiannya kepada si kecil. Untuk pengetahuan, ikan adalah bagus untuk perkembangan otak anak. Anda disarankan memperkenalkan ikan kepada anak seawal usia bayi iaitu apabila masuk umur 8 bulan.

Ini kerana bayi yang makan makanan mengandungi DHA tinggi adalah terbukti lagi cerdas berbanding si kecil yang langsung tidak memakannya.  Tapi, apa boleh ibu bapa masak dengan ikan ini untuk anak? Ikuti perkongsian penulis mengenai resipi makanan baby berasaskan ikan ini!

Baca juga: 15 Idea Resepi Bayi 7 Bulan Ke Atas. Mudah, Sedap & Berkhasiat!

5 RESIPI MAKANAN BABY BERASASKAN IKAN

Senarai resipi makanan baby berasaskan ikan di bawah adalah sesuai untuk dimakan oleh bayi yang berumur 12 bulan ke atas.

1. SUP IKAN

resipi makanan baby

Bahan-bahan:

  • 1/2 ketul ikan (jenahak atau siakap)
  • Sedikit keledek
  • Sedikit lobak merah
  • Air limau nipis
  • Daun ketumbar
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Lada hitam
  • Saderi

Cara penyediaan:

  1. Masukkan kesemua bahan dalam periuk dan rebus.
  2. Sup ikan siap untuk baby anda!

2. KALE FISH CLEAR SOUP

resipi makanan baby

Bahan-bahan (kuantiti untuk dua kali makan):

  • 1/2 ketul ikan (jenahak atau siakap)
  • 1/2 cawan kale
  • 1/4 cawan kentang
  • Sedikit daun bawang
  • 1-2 ulas bawang merah
  • 1-2 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh minyak zaitun
  • 2 biji tomato ceri (dibelah dua)
  • Sedikit daun ketumbar
  • 2 cawan air

Cara penyediaan:

  1. Masukkan semua dalam periuk dan juga rebus. (kalau anda nak tumis pun boleh)
  2. Kale fish soup siap untuk baby anda!

3. FISH BABY CURRY

resipi masakan baby

Bahan-bahan:

  • 1 sudu teh rempah kari
  • 1 ulas bawang putih
  • Sedikit bawang merah (dihiris halus)
  • Sedikit daun kari
  • 1-2 batang bendi
  • Sedikit minyak kelapa atau minyak zaitun untuk menumis
  • 2 auns santan
  • 2 cawan air
  • 1 asam keping

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang dah masukkan rempah bersama air sedikit.
  2. Apabila rempah kari telah pecah minyak, anda boleh masukkan ikan, air, santan dan bendi. Tunggu sehingga semua lembut dan cukup rasa.
  3. Fish baby curry siap untuk baby anda!

4. SINGGANG IKAN DAN BENDI

resipi makanan baby

Bahan-bahan:

  • 1/2 ketul ikan (jenahak atau siakap)
  • 3 cm kunyit hidup (dihiris nipis)
  • Bawang besar
  • 2 butang bendi

Cara penyediaan:

  1. Rebuskan semua bersama dua cawan air.
  2. Singgang ikan dan bendi siap untuk baby anda!

5. SINGGANG IKAN

resipi masakan baby

Bahan-bahan:

  • 1/2 ketul ikan (jenahak atau siakap)
  • 3 cm kunyit hidup (diris nipis)
  • Bawang besar
  • 2 batang bendi
  • Serai

Cara penyediaan:

  1. Rebuskan kesemua bahan bersama 2 cawan air.
  2. Singgang ikan siap untuk baby anda!

Mudah kan kesemua resipi di atas? Bukan setakat bahan yang ringkas, malah cara penyediaan pun sangatlah mudah untuk diikuti. Rasa yang terbaik dan bermanfaat untuk tumbesaran bayi kesayangan anda. Juga, bebas gula dan garam. Jadi, apa lagi? Jom cuba resipi masakan baby ini!

Selamat Mencuba!

Sumber: Pa & Ma

The post Keliru Masakan Apa Sesuai Untuk Perkembangan Otak Anak? Cuba 5 Resipi Makanan Baby Berasaskan Ikan Ini! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!