Cara Masak Mee Bandung Simple Berkuah Pekat, Masukkan Bahan Rahsia ‘Ini’

Imej
https://ift.tt/46lLDaW Musim hujan pada waktu petang membuatkan ramai teringin berbuka puasa dengan hidangan berkuah yang hangat. Oleh itu, anda boleh cuba cara masak Mee Bandung yang simple ini. Mee Bandung adalah hidangan mee paling popular di Malaysia yang berasal dari Johor. Gandingan mee kuning bersama telur dan kuah pekat mampu membuat selera terangkat. Cara masak Mee Bandung ini dikongsikan oleh Halimatussaadiah Sidek di Facebook bersama rahsia kuah yang pekat dan sedap dihirup. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Mee Kuning Homemade ‘Gluten-Free’, Tak Pakai Tepung Gandum Pun Menjadi! CARA MASAK MEE BANDUNG Bahan kisar: 2 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 10 tangkai lada kering (kurangkan jika tak nak pedas) 2 paket udang kering Bahan-bahan lain: ½kg mee kuning Segenggam kacang tanah (goreng dan tumbuk) 2 sudu tepung gandum (bancuh dengan air biar cair) Gula Garam Ajinomoto Daging Sotong Udang (ikut suka) Sawi Lobak merah Tauhu Daun sup Bawang g...

Lelaki tikam kura-kura terlepas hukuman penjara

WASHINGTON – Seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS) terlepas hukuman penjara selepas didapati bersalah menceroboh sebuah premis prasekolah dan menikam seekor kura-kura peliharaan menggunakan sebatang kayu, lapor akhbar Daily Star.

Georges Robles diarah menjalani rawatan mental dan dilarang memelihara haiwan selama 10 tahun susulan serangan itu. Kejadian berlaku di Prasekolah Play ‘n’ Learn, San Jose Timur pada Januari 2021.

Robles berada di Penjara Daerah Santa Clara sejak hampir dua tahun lalu kerana menyerang seekor kura-kura berusia 70 tahun bernama Michelangelo.

Kura-kura baka Sulcata dari Benua Afrika yang jarang ditemui itu telah dirawat dan kembali sihat pada tahun lepas.

“Dia (Robles) mempunyai peluang yang lebih baik di sana, begitu juga masyarakat, berbanding menghantarnya ke penjara.

“Tiada ancaman bahawa kejadian sama akan berulang. Ini adalah perkara yang jarang berlaku. Ketika kejadian, Robles sangat mabuk dan menganggap kura-kura itu sebagai sesuatu yang lain,” kata Hakim Robert Hawk.

 

Robles diarah menghadiri sebuah fasiliti kesihatan mental selepas kejadian itu. – Jabatan Polis San Jose

 

Menurut akhbar Mercury News, siasatan polis bandar San Jose mendapati seorang jiran berhampiran prasekolah itu melihat Robles ‘menjerit dan membaling barang’ di taman permainan, lalu menghubungi perkhidmatan kecemasan.

Apabila pemilik prasekolah tiba, dia mendapati kura-kura itu dalam keadaan berdarah dengan sebatang kayu pagar berukuran 15 sentimeter (sm) tertusuk ke dalam cengkerangnya.

Wanita itu juga mendapati batang penyapu laman tersepit di antara kepala dan kaki kura-kura tersebut, sebelum berjaya ditarik keluar.

Robles yang menemui lampu jalan turut memecahkan kaca di belakang haiwan malang itu. Ia kemudian dibawa ke klinik haiwan berdekatan untuk rawatan kecemasan.

Dua hari kemudian, Robles kembali ke sekolah untuk mencuri barang elektronik dan merosakkan bangunan ketika sedang mabuk atau berada di bawah pengaruh dadah.

Robles yang dikaitkan dengan dua rompakan lain dilarang berada berhampiran prasekolah tersebut, selain ditegah memiliki sebarang bentuk dadah atau alkohol seumur hidupnya. – Agensi

The post Lelaki tikam kura-kura terlepas hukuman penjara appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!