Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Kesan Deodoran Pada Baju Putih & Hitam Boleh Dihilangkan Guna Bahan Di Dapur

“Alamak! Macam mana cara hilangkan kesan deodoran ni…”

Umum mengetahui, pengunaan deodoran adalah untuk mencegah bau badan akibat peluh. Walau bagaimanapun, jika digunakan secara kerap, ia akan meninggalkan kesan pada baju terutama warna putih atau hitam.

Bagi menangani masalah ini, terdapat beberapa cara hilangkan kesan deodoran yang anda boleh cuba. Mudah sahaja kerana menggunakan bahan sedia ada di rumah.

Baca juga: Boleh Guna 3 Bahan Rahsia Ini Untuk Hilangkan Karat Pada Pisau, Tak Payah Beli Baru Dah

CARA HILANGKAN KESAN DEODORAN PADA BAJU PUTIH/HITAM

CARA HILANGKAN KESAN DEODORAN

1. Soda bikarbonat

Selain digunakan dalam masakan, soda bikarbonat juga boleh menghilangkan kesan deodoran pada baju berwarna putih atau gelap. Caranya anda perlu sediakan:

  • 3 sudu teh baking soda
  • 1 sudu teh air
  • Bekas kecil
  • Kain

– Campurkan baking soda dan air ke dalam bekas kecil.

– Kacau sebati sehingga menjadi seperti pes.

– Gosok pes pada bahagian yang kotor dan biarkan beberapa jam.

– Kemudian, buang serbuk pes tersebut dan cuci bersih pakaian anda menggunakan air suam.

2. Cuka putih

Seterusnya, cuka juga boleh menghilangkan kesan deodoran yang ada pada baju. Cara-caranya:

  • 1 cawan air
  • 2 sudu besar cuka putih
  • Kain bersih
  • Air

– Campurkan dua sudu cuka dan secawan air.

– Kacau sebati dan tuangkan cecair pada baju yang ada kesan deodoran.

– Biarkan beberapa minit dan sental menggunakan kain bersih dengan berhati-hati.

– Bilas pakaian dengan air bersih.

Cara lain untuk menghilangkan kesan deodoran pada pakaian adalah dengan mencucinya menggunakan mesin basuh. Perlu diingatkan agar anda memilih tetapan air panas agar kesan tersebut dapat dihilangkan.

Jadi, diharapkan perkongsian kali ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca.

Baca juga: 7 Cara Cuci Baju Sekolah Anak Guna Bahan Dapur, Hasilnya Putih Macam Baru Beli!

Sumber: Tips Bulletin

The post Kesan Deodoran Pada Baju Putih & Hitam Boleh Dihilangkan Guna Bahan Di Dapur first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!