Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Teknik Memasak Boleh Pengaruhi Khasiat Sayur, Ini Cara Betul

Tahukah anda teknik memasak sayur sebenar boleh mempengaruhi khasiat sayur tersebut? Ini bermakna anda perlu memastikan teknik memasak sayur betul supaya tidak mengurangkan khasiat sayur tersebut seperti yang diulas oleh Dr Suri Roowi di bawah.

Menurut beliau, enam teknik memasak sayur di bawah perlu dititikberatkan agar sayur-sayuran yang dimasak kekal berkhasiat dan memberi manfaat kepada tubuh badan.

Baca juga: Nasi Beras Perang Bertindak Sebagai Anti Kanser, Ini Yang Anda Kena Buat

TEKNIK MEMASAK BOLEH PENGARUHI KHASIAT SAYUR, INI CARA BETUL

Teknik memasak sangat mempengaruhi khasiat sayur-sayuran. Antaranya adalah:

1. TUMIS

teknik memasak sayur

Kajian menunjukkan bahan khasiat antioksidan tinggal 16% dengan menumis sayur jenis daun. Kaedah ini juga kurangkan bahan khasiat dalam peria katak sehingga 50%.

2. REBUS

Bahan khasiat antioksidan dalam sayur-sayuran akan berkurang sehingga 20% dengan cara merebus.

3. GUNA MIKROWAVE

Kaedah ini akan kurangkan bahan khasiat antioksidan paling ketara. Contohnya bahan khasiat hanya tinggal 3% selepas dimikrowave.

4. PERIUK TEKANAN TINGGI

Sayur yang dimasak menggunakan periuk tekanan tinggi akan kurangkan bahan khasiat antioksidan sehingga 50%.

5. KUKUS

Kaedah ini adalah yang TERBAIK dimana bahan khasiat antioksidan dalam sayur-sayuran masih tinggi (90%).

6. CELUR

Hanya celur selama 1-3 minit pada suhu 98°C) – bahan khasiat antioksidan masih tinggi dan kaedah ini dapat kurangkan oksalat. (Oksalat berlebihan boleh sebabkan batu karang).

Jadi, pilihlah teknik masak sayur-sayuran yang terbaik untuk kesihatan anda.

Sumber: Facebook Dr Suri Roowi

The post Teknik Memasak Boleh Pengaruhi Khasiat Sayur, Ini Cara Betul first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!