Cara Simpan Kunyit Hidup Agar Tahan Lama & Tak Kecut, Berbulan Pun Masih Elok!

Imej
https://ift.tt/LNsa3Kp Kunyit hidup adalah antara bahan penting dalam banyak masakan, tetapi masalah biasa yang sering berlaku ialah kunyit cepat kecut atau kering bila disimpan terlalu lama dalam peti sejuk . Sebenarnya, ada cara mudah dan berkesan untuk pastikan kunyit kekal segar walaupun disimpan berbulan-bulan. Dengan teknik simpanan yang betul, kunyit bukan saja kekal segar malah warnanya juga tetap cantik dan baunya masih kuat. Kaedah menyimpan ini sangat mudah dan tidak memerlukan banyak kos atau masa. Baca juga: Cara Simpan Serai Tahan Lebih Lama, Berbulan-Bulan Masih Harum & Segar! CARA SIMPAN KUNYIT HIDUP AGAR TAHAN LAMA & TAK KECUT Berikut adalah langkah-langkahnya: Cara-caranya: Bersihkan kunyit hidup yang baru dibeli dengan membuang kotoran atau tanah yang melekat. Tidak perlu mengupas kulitnya, cukup sekadar membersihkan permukaan. Masukkan kunyit ke dalam bekas bertutup yang bersih. Isikan air bersih ke dalam bekas sehingga menutupi semua kunyit. Pas...

Rupanya Ini Cara Pilih Ketam Isi Penuh Supaya Tak Hampa Setiap Kali Makan, Barulah Puas!

Stresnya bila setiap kali pilih ketam mesti akan ‘kosong’ sahaja dekat dalam, macam mana nak rasa puas setiap makan? Rupa-rupanya ada cara pilih ketam isi penuh dengan betul dan bukan hanya dengan tengok saiz ketam tersebut sahaja. Namun, ramai dalam kalangan kita yang selalu salah dan penuh dengan perasaan hampa setiap kali makan ketam.

Baca juga: Setiap Kali Pergi Pasar WAJIB Beli 6 Jenis Ikan Tinggi Khasiat Omega-3 Ini, Sedap Pun Sedap!

CARA PILIH KETAM ISI PENUH, BARU PUAS MAKAN!

1.Semasa memilih ketam, pastikan ketam yang kita pilih tu berat. Kecil tak apa yang penting berat.

cara pilih ketam

2.Gambar ni saya pinjam, sebab saya nak bagitahu perbezaan di antara ketam jantan dan betina. Ketam jantan bentuk 3 seginya kecil, ketam betina 3 seginya besar. Jadi kalau nak isi padu dan banyak telur pilih ketam betina.

cara pilih ketam

3.Lihat tempat bertanda tu, pastikan tempat tu berwarna kuning atau keorenan.

cara pilih ketam

4.Saya beli 4 ekor ketam tadi. Nampak tak telur ketam tu? Memang tak mengecewakan.

cara pilih ketam

5.Setelah dicuci dan dibersihkan. Ini lah hasilnya. Alhamdulillah isi padu dan telur memang banyak.

cara pilih ketam

6.Inilah hasilnya. Keempat-empat ketam yang saya pilih memang padu isinya. Kalau rasa tips saya berguna, bolehlah try nanti. Alhamdulillah. #SayaAnakNelayan

7.Begitu rupanya cara nak pilih ketam yang penuh dengan isi dan telur. Biasanya main beli je, tak tengok atau teliti apa-apa pun. Lepas ni bolehlah ikut cara dan tips ini, baru puas hati makan!

Namun begitu, ada juga dalam kalangan warga Twitter yang berkongsikan cara lain untuk tentukan waktu paling afdal untuk beli ketam yang mempunyai isi penuh.

Caranya adalah dengan tengok pada kalendar Islam dan bentuk bulan. Ia berkaitan dengan air pasang surut & tindak balas semulajadi ketam. Jadi, nak beli ketam dengan isi penuh, cari pada waktu bulan mengambang, dalam hari ke 14-17 kalendar Islam.

Sumber: Siti Aminah Yuosoff Via MAHN, Twitter @NurulShima

The post Rupanya Ini Cara Pilih Ketam Isi Penuh Supaya Tak Hampa Setiap Kali Makan, Barulah Puas! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!