Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Persundalan Di Rumah Urut 8 Ditahan

Persundalan Di Rumah Urut 8 Ditahan

Lapan individu termasuk empat wanita ditahan dalam lima serbuan berasingan terhadap premis yang dijadikan rumah urut di sekitar Georgetown, di sini, semalam.

Kesemua yang berusia antara 23 hingga 60 tahun itu ditahan pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut kerana disyaki terbabit dengan beberapa kesalahan termasuk menjalankan aktiviti persundalan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, dua serbuan pertama di premis berasingan di Lebuh Chulia membawa kepada penahanan masing-masing dua lelaki tempatan yang menjalankan kegiatan rumah urut tanpa lesen.

Baca: Aktiviti Pelacuran Semakin Rancak Di Hotel Bajet

Katanya, serbuan ketiga terhadap rumah urut di Batu Feringghi pula turut menahan seorang lelaki tempatan atas kesalahan sama.

“Manakala serbuan rumah urut seterusnya di Batu Feringghi, kita menahan seorang wanita warga asing kerana menjalankan aktiviti tanpa lesen selain gagal mengemukakan permit kerja yang sah.

“Serbuan terakhir yang dijalankan di rumah urut di Gelugor, di sini, menahan lelaki tempatan dan tiga wanita warga asing kerana disyaki menjalankan aktiviti persundalan, salah guna pas lawatan sosial bagi tujuan bekerja dan menggaji warga asing tanpa permit sah,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Antara barangan yang dirampas ialah tuala, telefon bimbit, tisu basah, minyak dan krim urut serta wang tunai berjumlah RM1,430.

Mengulas lanjut Soffian berkata semakan mendapati seorang daripada mereka mempunyai rekod kesalahan lampau.

“Kesemua mereka ditahan di Lokap Berpusat Bayan Baru dan direman selama empat hari.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan aktiviti persundalan boleh menyalur maklumat ke Bilik Gerakan IPD Timur Laut di talian 04-2181822,” katanya lagi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 372A Kanun Keseksaan, Seksyen 372B Kanun Keseksaan, Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63.

Juga Peraturan 39(b) Akta Imigresen 1963 dan Seksyen 24 Undang-undang Kesalahan Kecil 1980 Pulau Pinang.-hmetro

The post Persundalan Di Rumah Urut 8 Ditahan appeared first on BadusInfo.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!