Resepi Daging Masak Hitam, Gaul Dengan Bawang Goreng Baru Sedap Menyengat!

Imej
https://ift.tt/2p1LYrZ Sebelum menyambut Hari Raya yang bakal tiba, kenalah cuba kemahiran memasak dahulu. Jadi untuk lauk berbuka hari ini, anda boleh masak resepi Daging Hitam yang sedap. Daging Masak Hitam terkenal dengan rasanya yang kaya dan sedikit pedas. Biasanya, ia dimasak menggunakan potongan daging yang empuk dan dimasak perlahan bersama rempah. Jaja Noriza telah kongsikan rahsia dalam resepi Daging Hitam di Facebook yang ternyata mendatangkan hasil sungguh lazat tak terhingga. Jom kita cuba! Baca juga: Air Asam Daging, Lauk Tunggu Gaji Ini Buat Orang Terliur Hirup Kuahnya RESEPI DAGING HITAM Bahan-bahan: 1kg daging (diperap dengan kicap pekat, kicap manis dan sedikit gula) 1kg bawang goreng (lebih sedap bawang digoreng sendiri, guna bawang kecil lebih sedap) 1 senduk cili kisar (jika suka pedas , boleh lebihkan) Kicap pekat Kicap manis Air asam jawa Kicap masin Garam dan gula secukupnya Air Minyak masak (untuk menumis) Cara-cara memasak: 1. Mula-...

Kuih Nona Manis Keladi, Lembut Dan Bergedik Hasilnya!

https://ift.tt/sIiRvqc

nona manis keladi

Nona manis keladi adalah sejenis kuih tradisional yang mempunyai rasa lemak manis dengan tekstur yang lembut dan gebu. Kuih ini bukan sahaja sedap dimakan, tetapi juga menarik perhatian dengan warna ungu lembut di bahagian luar dan tompok putih di tengahnya.

Resipi ini menggunakan bahan yang mudah didapati dan cara penyediaannya juga tidak rumit, sesuai untuk dihidangkan pada majlis istimewa atau sebagai hidangan manisan keluarga.

Selain itu, ntuk memastikan kuih kukus dengan sempurna, pastikan pengukus dipanaskan terlebih dahulu sehingga air betul-betul mendidih sebelum memasukkan kuih ke dalamnya.

Jom baca resipi penuh di bawah ini.

Baca lagi: Resipi Mihun Goreng Kosong, Warnanya Yang Cantik Buat Hati Tertawan!

RESIPI NONA MANIS KELADI

Bahan-Bahan yang Diperlukan:

Bahan A:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan
  • 1/2 cawan gula
  • 1 biji telur

Cara Penyediaan Bahan A:

1. Di dalam sebuah bekas, kacau semua bahan A menggunakan whisk hingga sebati dan tidak bergentel.

Bahan B:

  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1/4 cawan gula
  • 1 cawan santan
  • Pewarna ungu (purple oil base)
  • Perisa keladi (yam emulco)
  • Secubit garam

Cara Penyediaan Bahan B:

1. Masukkan semua bahan B ke dalam periuk, kemudian kacau rata sehingga sebati.

2. Masak adunan ini di atas api perlahan sambil sentiasa mengacau sehingga likat.

3. Setelah adunan likat, tutup api dan biarkan adunan suam seketika.

4. Campurkan bahan A yang telah disediakan tadi ke dalam periuk bersama bahan B, kacau rata. Untuk lebih mudah, boleh juga kisar adunan ini menggunakan blender dan tuangkan ke dalam jag kecil untuk memudahkan proses menuang.

Bahan C (Bahagian Putih):

  • 1 kotak kecil santan kotak (campurkan dengan 1 cawan air untuk mendapatkan 2 cawan santan)
  • 3-4 sudu besar tepung gandum
  • Sedikit gula
  • Sedikit garam (bahagian ini perlu mempunyai sedikit rasa masin)

Cara Penyediaan Bahan C:

1. Satukan semua bahan C di dalam periuk, kacau rata sehingga sebati.

2. Masak di atas api perlahan sehingga adunan likat dan menggelegak. Pastikan sentiasa kacau supaya tidak bergumpal.

4. Setelah adunan masak, tutup api dan tuangkan ke dalam botol sos kecil atau bekas yang sesuai untuk proses ‘piping’ di tengah kuih.

Cara-Cara Penyediaan Kuih Nona Manis Keladi:

1. Sapukan sedikit minyak pada acuan lompang supaya kuih tidak melekat apabila dikeluarkan.

2. Tuangkan adunan keladi (campuran bahan A dan B) ke dalam acuan hingga mencapai 3/4 penuh.

3. Gunakan botol sos atau piping bag untuk memancitkan adunan putih (bahan C) di tengah-tengah adunan ungu tadi.

4. Panaskan pengukus hingga air mendidih sepenuhnya. Kukus kuih nona manis selama 10 minit menggunakan api sederhana besar.

5. Setelah masak, biarkan kuih sejuk seketika sebelum dikeluarkan daripada acuan. Kuih nona manis keladi siap dihidangkan!

Sumber: Mai Masak Bersama Kak Nurie

Baca lagi: “Terkedu Tengok Harga..” – Nasi Lemak Bernilai RM410 Ini Buat Netizen Tergamam!

The post Kuih Nona Manis Keladi, Lembut Dan Bergedik Hasilnya! appeared first on MyResipi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!