Cara Masak Mee Bandung Simple Berkuah Pekat, Masukkan Bahan Rahsia ‘Ini’

Imej
https://ift.tt/46lLDaW Musim hujan pada waktu petang membuatkan ramai teringin berbuka puasa dengan hidangan berkuah yang hangat. Oleh itu, anda boleh cuba cara masak Mee Bandung yang simple ini. Mee Bandung adalah hidangan mee paling popular di Malaysia yang berasal dari Johor. Gandingan mee kuning bersama telur dan kuah pekat mampu membuat selera terangkat. Cara masak Mee Bandung ini dikongsikan oleh Halimatussaadiah Sidek di Facebook bersama rahsia kuah yang pekat dan sedap dihirup. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Mee Kuning Homemade ‘Gluten-Free’, Tak Pakai Tepung Gandum Pun Menjadi! CARA MASAK MEE BANDUNG Bahan kisar: 2 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 10 tangkai lada kering (kurangkan jika tak nak pedas) 2 paket udang kering Bahan-bahan lain: ½kg mee kuning Segenggam kacang tanah (goreng dan tumbuk) 2 sudu tepung gandum (bancuh dengan air biar cair) Gula Garam Ajinomoto Daging Sotong Udang (ikut suka) Sawi Lobak merah Tauhu Daun sup Bawang g...

Cara Buat Pulut Kuning Tanpa Kukus 2 Kali. Tekstur Lembut Elok, Cantik Merelit & Tahan Lama

https://ift.tt/hzJRCGi

resepi pulut kuning

Resepi pulut kuning ini lebih ringkas dan berbeza seperti yang ramai selalu buat. Biasanya pulut perlu dikukus sebanyak dua kali kan? Jika ikut cara ini, hanya perlu kukus satu kali sahaja.

Walaupun tidak dikukus semula buat kali kedua, pulut kuning tetap menjadi cantik merelit, lemak, lembut dan sebiji-sebiji.

Jika ada yang nak cuba buat sendiri pulut kuning seperti ini, bolehlah cuba resipi keluarga turun temurun yang dikongsikan oleh Puan Masmira Idris di bawah.

Baca juga: Resipi Kerutuk Ayam Pekat Elok, Makan Dengan Pulut Kuning Memang Ngam

RESEPI PULUT KUNING LEMBUT & TAHAN LAMA

resepi pulut kuning

Bahan-bahan:

  • Beras pulut 1 kg (beras pulut biasa, bukan pulut susu) 
  • Serbuk kunyit 2 sudu besar
  • Halia 1/2 inchi (kupas dan cincang nipis paling halus)
  • Daun pandan 5 helai
  • Santan segar pekat 250-300 gram
  • 2 cawan air panas
  • 1.5 sudu besar gula
  • 1.5 sudu kecil garam
  • Garam

Cara-cara:

1. Pastikan guna beras pulut biasa, bukannya pulut susu kerana nanti pulut kuning jadi lembik. Kalau boleh cari beras pulut yang sedikit panjang, elakkan beras yang jenis montok.

2. Bilas beras 3-4 kali, kemudian rendam letak serbuk kunyit dalam 2 sudu besar selama 3 jam.

3. Sebelum kukus, bilas dengan air paip dan sejat dengan penapis. Tujuan bilas adalah untuk hilangkan bau kunyit berlebihan dan agar pulut tahan lama.

4. Panaskan air dalam pengukus, masukkan beras pulut dalam pengukus yang sudah dilapik dengan 2 helai daun pandan. Taburkan halia cincang bagi sekata dalam pulut dan letakkan juga 3 helai daun pandan yang diikat (1 helai daun pandan koyak kepada 3).

5. Tutup pengukus dan kukus pulut selama 15-2o minit mengikus jenis pengukus dan kuantiti pulut. kukus sehingga pulut sudah masak.

6. Dalam besen saiz sederhana, masukkan2 cawan air panas mendidih. Masukkan gula, garam dan larutkan. Kemudian, baru masukkan santan pekat dan kacau sampai sebati. Pastikan ada rasa masin dan manis sikit.

7. Sediakan besen yang agak besar, masukkan pulut yang sudah dikukus tadi. Keluarkan daun pandan. Tuangkan kuah santan yang dibancuh tadi ke atas pulut. Kacau sempai semuanya sekata.

8. Jangan risau jika kuah santan banyak sebab pulut akan menyerap kuah santan itu. Barulah pulut jadi lembut. Pastikan kacau sehingga rata sehingga tak berketul.

9. Kemudian, tekan pulut dan ratakan dalam besen tadi. Rehatkan selama 10-15 minit sebelum dicedok untuk dimakan atau dibungkuskan.

resepi pulut kuning

Info:

  • Pulut yang cukup lemak, kita akan nampak santan macam bertali putih pada senduk
  • Pulut selepas gaul santan tak perlu kukus kali ke-2, cukup sekali sahaja
  • Pulut tahan lebih 36 jam di luar sebab dah bancuh santan dengan air panas

Kredit resipi dan gambar: Masmira Idris

Baca juga: Telur Bumbu Kuning Pedas Resipi Indonesia, Sedap Makan Bersama Nasi Impit, Pulut Kuning

The post Cara Buat Pulut Kuning Tanpa Kukus 2 Kali. Tekstur Lembut Elok, Cantik Merelit & Tahan Lama appeared first on MyResipi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!