Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Pukul Isteri Tidak Mandi Hingga Mati

Pukul Isteri Tidak Mandi Hingga Mati

Berang kerana isterinya tidak mandi, seorang lelaki Thailand bertindak memukul wanita itu dengan kayu hingga mati.

Kejadian malang itu berlaku di sebuah rumah di Ban Tab Tao, daerah Mueang, Thailand.

Pegawai penyiasat, Leftenan Phayung Kulkhamsaeng berkata, pihaknya menahan lelaki itu pada 14 Julai lalu selepas menerima maklumat pada 10.50 malam memaklumkan mengenai serangan yang mengakibatkan kematian.

Katanya, polis bersama petugas kesihatan Hospital Roi Et dan pasukan kecemasan Pertubuhan Pentadbiran Daerah Khon Kaen menemui mangsa yang dikenali Praitun, 44, maut di dalam bilik air.

Pemeriksaan lanjut mendapati, badan dan kepala mangsa mengalami kecederaan konsisten dipercayai dipukul dengan objek tumpul.

Mayat kemudiannya dihantar ke unit forensik Hospital Roi Et untuk dibedah siasat.

Polis berjaya menahan suspek dikenal pasti Watcharin, 53, yang juga suami mangsa ketika bersembunyi di dalam bilik air rumah berdekatan.

Menurut jiran, pasangan itu kerap minum arak bersama dan sering bergaduh apabila mabuk.

Pada hari kejadian, pertengkaran tercetus selepas Watcharin menyuruh isterinya mandi.

Semasa disoal siasat, Watcharin mengaku memukul isterinya dengan kayu dalam keadaan mabuk dan marah, namun mendakwa dia tidak menyedari isterinya sudah meninggal dunia.

Watcharin mendakwa dia mengangkat isterinya ke kerusi dan cuba membawanya ke tandas untuk dimandikan, namun meminta bantuan jiran apabila menyedari isterinya tidak bertindak balas.

Pada mulanya, dia mendakwa isterinya tergelincir dan terjatuh dalam bilik air tetapi menukar pengakuan dengan mengatakan menggunakan kayu yang diletakkan di luar bilik air untuk memukul kepala isterinya.

Lapor KhaoSod , polis menahan Watcharin dan mengumpul bukti untuk meneruskan tindakan undang-undang.-hmetro

The post Pukul Isteri Tidak Mandi Hingga Mati appeared first on BadusInfo.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!