Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Bunuh 51 Orang, Penyerang Fail Rayuan Rayuan

Bunuh 51 Orang, Penyerang Fail Rayuan Rayuan

Wellington: Pelampau kulit putih yang membunuh 51 orang di dua masjid di Christchurch, New Zealand pada 2019 akan merayu terhadap sabitan dan hukuman penjara seumur hayat, kata pegawai mahkamah kepada AFP pada Selasa lalu.

Dengan menggunakan senjata api semiautomatik, Brenton Tarrant menyerang umat Islam yang hadir untuk menunaikan solat Jumaat pada Mac 2019, sambil melakukan penstriman langsung aksi kejamnya itu.

Baca: Sewa RM28.40 Bermalam Di Penjara, Elak Nasib Malang

Semua mangsa adalah orang Islam dan termasuk wanita, orang tua dan kanak-kanak.

Tarrant mengaku salah pada 2020 atas 51 pertuduhan bunuh dan 40 pertuduhan cubaan bunuh, dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hayat tanpa parol.

Ia menjadikan kali pertama hukuman itu diputuskan di mahkamah di New Zealand.

“Rayuan terhadap sabitan dan hukuman sudah difailkan,” kata jurucakap Pejabat Ketua Kehakiman, Liz Kennedy, pada Selasa.

Ketika prosiding jatuh hukum kes itu pada Ogos 2020, Hakim Cameron Mander berkata, beliau menjatuhkan hukuman paling berat atas jenayah tidak berperikemanusiaan itu.

“Jenayah anda terlalu kejam, walaupun anda dipenjara sehingga mati, ia masih tidak setimpal,” katanya.

Peguam kepada Tarrant, Tony Ellis berkata, anak guamnya mendakwa pengakuan salah itu dibuat ketika dalam keadaan tertekan dan “memutuskan jalan paling mudah adalah dengan mengaku salah.”

Selepas penstriman langsung di Facebook selama 17 minit oleh Tarrant, Facebook berkata, ia mengeluarkan 1.5 juta video mengerikan kejadian itu dalam tempoh 24 jam selepas insiden berkenaan.-hmetro

The post Bunuh 51 Orang, Penyerang Fail Rayuan Rayuan appeared first on BadusInfo.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!