Cara Masak Mee Bandung Simple Berkuah Pekat, Masukkan Bahan Rahsia ‘Ini’

Imej
https://ift.tt/46lLDaW Musim hujan pada waktu petang membuatkan ramai teringin berbuka puasa dengan hidangan berkuah yang hangat. Oleh itu, anda boleh cuba cara masak Mee Bandung yang simple ini. Mee Bandung adalah hidangan mee paling popular di Malaysia yang berasal dari Johor. Gandingan mee kuning bersama telur dan kuah pekat mampu membuat selera terangkat. Cara masak Mee Bandung ini dikongsikan oleh Halimatussaadiah Sidek di Facebook bersama rahsia kuah yang pekat dan sedap dihirup. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Mee Kuning Homemade ‘Gluten-Free’, Tak Pakai Tepung Gandum Pun Menjadi! CARA MASAK MEE BANDUNG Bahan kisar: 2 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 10 tangkai lada kering (kurangkan jika tak nak pedas) 2 paket udang kering Bahan-bahan lain: ½kg mee kuning Segenggam kacang tanah (goreng dan tumbuk) 2 sudu tepung gandum (bancuh dengan air biar cair) Gula Garam Ajinomoto Daging Sotong Udang (ikut suka) Sawi Lobak merah Tauhu Daun sup Bawang g...

Pemandu treler maut terbabas

TANJUNG MALIM – Seorang lelaki maut selepas treler dipandunya terbabit kemalangan di Kilometer 371.7, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini semalam.

Kejadian sekitar pukul 10.30 malam itu mengorbankan Mohd. Nor Afzam Mukhtar, 36, di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd. Hasni Mohd. Nasir berkata, maklumat kemalangan itu diterima pada pukul 11 malam membabitkan sebuah treler yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kajang.

Katanya, siasatan awal mendapati, nahas berlaku selepas treler dipandu mangsa dibrek secara mengejut kerana terdapat sebuah kenderaan di hadapannya.

“Kejadian itu menyebabkan kenderaan berat berkenaan hilang kawalan lalu terbabas melanggar dan terseret di besi pembahagi tengah jalan.

“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan meninggal dunia di lokasi kemalangan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat dan siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River diatur gerak ke lokasi kejadian bagi menjalankan tugas-tugas menyelamat.

Katanya, setibanya di lokasi, anggota segera membantu membawa keluar mangsa yang tersepit dalam treler muatan minyak hitam dan diesel itu. – KOSMO! ONLINE

The post Pemandu treler maut terbabas appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!