Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Siapa Sangka Buah Nanas & Lobak Putih Boleh Hilangkan Gout, Macam Ini Caranya

Siapa pernah cuba petua hilangkan gout menggunakan lobak putih dan buah nanas? Kalau nak tahu, cara ini juga berkesan untuk merawat masalah tersebut seperti yang dikongsikan oleh pengguna Facebook.

Walaupun hanya menggunakan 3 bahan sahaja tetapi hasilnya sungguh mengejutkan. Kalau tak percaya dan belum pernah cuba, rugi sangat.

Baca juga: Rugi Kalau Tak Pernah Amalkan Air Rebusan Daun Pandan, Badan Makin Ringan & Sedap!

PETUA HILANGKAN GOUT GUNA LOBAK PUTIH & NANAS

PETUA HILANGKAN GOUT

Bahan-bahan:

  • Buah keras
  • Nanas
  • Lobak putih

Cara penyediaan:

1. Tumbuk buah keras sehingga lumat.

2. Kemudian kisar buah nanas dan lobak putih. Masukkan buah keras yang sudah ditumbuk tadi.

3. Ketika mengisar buah nanas dan lobak putih, masukkan segelas air.

4. Tapis air tersebut dan sedia untuk diminum.

Minum segelas pada waktu pagi dan malam. Namun perlu diingatkan agar amalkan setiap 3 bulan sekali sahaja. Jangan minum setiap hari ya.

Kelebihan buah nanas adalah:

  • Membantu masalah gout
  • Mengandungi vitamin C, B6, A dan banyak lagi
  • Bertindak sebagai anti oksidan
  • Membantu sistem penghadaman
  • Mengurangkan risiko kanser
  • Meningkat sistem imunisasi badan
  • Luka selepas pembedahan cepat sembuh
  • Menjaga kesihatan jantung
  • Mengurangkan masalah asma
  • Meningkatkan kesihatan mata
  • Mencegah loya

Kebaikan lobak putih pula adalah:

  • Mencegah sel kanser
  • Merawat gout
  • Mencegah diabetes
  • Meningkatkan fungsi hati
  • Membantu meningkatkan kardiovaskular
  • Melawan dan menyembuhkan demam
  • Mengandungi fiber yang tinggi
  • Melindungi jantung daripada sebarang masalah kesihatan
  • Mengawal bacaan tekanan darah
  • Melindungi saluran darah
  • Meningkatkan sistem imunisasi badan

Sekiranya masalah gout semakin merisaukan, anda dinasihatkan agar berjumpa doktor untuk rawatan lanjut. Jangan hanya bergantung dengan petua yang dikongsikan.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Ustaz Azhar Idrus Kongsi Penawar Darah Tinggi & Kencing Manis Guna Buah Lemon

Sumber: Facebook Andak Amir & Healthline

The post Siapa Sangka Buah Nanas & Lobak Putih Boleh Hilangkan Gout, Macam Ini Caranya first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!