9 Makanan Ini Jangan Diamalkan Kalau Anda Pesakit Buah Pinggang Bahaya!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Umum mengetahui, pesakit buah pinggang digalakkan untuk mengamalkan pemakanan yang bersesuaian agar kesihatan sentiasa terjamin. Terdapat beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan seperti perkongsian di bawah. Jaga-jaga jangan salah makan!
Diet seimbang boleh membantu mengurangkan pengumpulan bahan buangan dalam darah, meningkatkan fungsi buah pinggang dan mencegah kerosakan.
Baca juga: Patutlah Popular Dekat Korea, Rupanya Black Garlic Boleh Melawan Sel Kanser!
PESAKIT BUAH PINGGANG ELAKKAN AMBIL MAKANAN INI
1. Labu
Kandungan potassium dalam isi labu adalah tinggi (340mg/100g) manakala biji labu/kuaci adalah yang tertinggi (919mg/100g). Jadi, ia perlu dihadkan pengambilannya oleh pesakit buah pinggang
2. Aprikot
Aprikot tinggi potassium tinggi yang harus dihadkan pengambilannya oleh pesakit. buah pinggang. Contohnya 40g aprikot (5-6 buah aprikot kering) mengandungi 460mg potassium
3. Kentang dan keledek
Kentang dan keledek tinggi potassium. Walau bagaimanapun merebus kentang sebanyak 2 kali boleh mengurangkan potassium sehingga 50%.
4. Tomato, bayam dan lobak bit
Tomato, bayam dan lobak bit tinggi kandungan potassium dan tidak sesuai atau perlu dihadkan pengambilannya oleh pesakit buah pinggang
5. Kurma, prun dan kismis
Kandungan potassium dalam kurma, prun dan kismis adalah tinggi dan perlu dikurangkan oleh pesakit buah pinggang. Contohnya 40g kismis kering mengandungi 299mg potassium manakala 40g prun mengandungi 292 mg potassium
6. Durian
Kandungan potassium dalam durian juga tinggi (426 mg dlm 100g isi durian) justeru perlu hadkan penggambilannya.
7. Makanan dalam tin
Makanan dalam tin seperti kekacang dan buah sering dibeli kerana harganya lebih murah. Walau bagaimanapun, kebanyakan makanan ini mengandungi jumlah natrium yang tinggi di mana garam ditambah sebagai pengawet untuk meningkatkan jangka hayatnya.
Oleh kerana jumlah natrium yang terdapat dalam barangan dalam tin, selalunya disyorkan bahawa orang yang mempunyai penyakit buah pinggang mengelakkan atau mengehadkan penggunaan mereka.
8. Beras perang
Seperti roti gandum, beras perang juga adalah bijirin penuh yang mengandungi kalium dan fosforus lebih tinggi daripada beras putih.
Setiap cawan (155 g) beras perang yang dimasak mengandungi 149 mg fosforus dan 95 mg kalium, manakala 1 cawan (186 g) nasi putih yang dimasak mengandungi hanya 69 mg fosforus dan 54 mg kalium.
Sekiranya ingin menggunakan beras perang dalam diet seharian, pastikan dikawal dan padankan dengan makanan seimbang yang bersesuaian.
9. Semua jenis jeruk
Makanan yang diawet biasanya mempunyai jumlah garam yang tinggi. Bagi pesakit buah pinggang, anda tidak digalakkan untuk makan jeruk secara berlebihan kerana akan menyebabkan risiko yang tidak diingini.
Jadi, sekiranya anda merupakan pesakit buah pinggang, elakkan senarai makanan di atas.
Baca juga: 24 Jam Asyik Menguap Dekat Office, Rupanya Makanan Ini Punca Mengantuk!
Semoga bermanfaat!
Sumber: Facebook Dr Suri Roowi & Healthline
The post 9 Makanan Ini Jangan Diamalkan Kalau Anda Pesakit Buah Pinggang, Bahaya! first appeared on SirapLimau.com.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan