Jangan Bimbang, Nampak Bahaya Tapi Tanda-Tanda Ini Normal Untuk Bayi Baru Lahir
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Sebagai ibu bapa, sudah tentunya risau jika melihat bayi baru lahir mengalami beberapa tanda pelik. Jangan khuatir, tanda bayi normal itu nampak membahayakan tetapi sebenarnya ia akan hilang dengan sendirinya.
Perlu diingatkan agar ibu ayah tidak memicit, menyapukan bahan bahan asing untuk menghilangkan tanda tersebut. Amalan memicit ini mungkin menyebabkan jangkitan apabila kulit pecah lalu kuman menjangkiti kulit bayi.
Baca juga: Tahap Fokus Anak Mengikut Umur, Jangan Terkejut Kalau Si Kecil Asyik Tak Duduk Diam
TANDA BAYI NORMAL YANG NAMPAK BAHAYA
1. Biji milia
Milia adalah sejenis bonjolan kecil putih di sekitar hidung, pipi atau dagu bayi. Jangan risau, ia akan hilang dengan sendiri tanpa perlu memicitnya.
2. Mongolian spot
Kesan kehitaman dan kelabu pada kulit bayi terutama bahagian punggung.
3. Darah dari kemaluan
Walaupun ia seakan-akan sangat membahayakan tetapi tompok darah di lampin bayi perempuan ini adalah kesan hormon ibu. Pendarahan akan berhenti dengan sendiri.
4. Payudara bengkak
Sesetengah ibu bapa akan bertindak memicit kerana risau ia berlaku disebabkan ketulan. Walau bagaimanapun, bengkak di bahagian payudara adalah kerana kesan hormon ibu. Biarkan bengkak surut sendiri tanpa membuat tindakan melulu.
5. Bibir bengkak
Walaupun gelembung atau blister ini kelihatan mengerikan, tetapi sebenarnya ia adalah normal dan tidak mendatangkan bahaya sama sekali.
6. Pendarahan mata
Nampak mengerikan tapi kecederaan ini berlaku akibat proses kelahiran yang panjang dan lama. Biasanya akan hilang dengan sendiri.
Sekiranya bayi newborn anda ada tanda di atas, jangan risau kerana ia normal. Boleh dapatkan nasihat dan rawatan doktor jika semakin teruk dan membimbangkan.
Baca juga: Tips Paling Berkesan Ajar Anak Baca Buku Bahasa Inggeris, Confirm Si Kecil Suka!
Sumber: Facebook Public Health Malaysia
Kredit gambar: Discover Mongolia
The post Jangan Bimbang, Nampak Bahaya Tapi Tanda-Tanda Ini Normal Untuk Bayi Baru Lahir first appeared on SirapLimau.com.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan