Cara Masak Mee Bandung Simple Berkuah Pekat, Masukkan Bahan Rahsia ‘Ini’

Imej
https://ift.tt/46lLDaW Musim hujan pada waktu petang membuatkan ramai teringin berbuka puasa dengan hidangan berkuah yang hangat. Oleh itu, anda boleh cuba cara masak Mee Bandung yang simple ini. Mee Bandung adalah hidangan mee paling popular di Malaysia yang berasal dari Johor. Gandingan mee kuning bersama telur dan kuah pekat mampu membuat selera terangkat. Cara masak Mee Bandung ini dikongsikan oleh Halimatussaadiah Sidek di Facebook bersama rahsia kuah yang pekat dan sedap dihirup. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Mee Kuning Homemade ‘Gluten-Free’, Tak Pakai Tepung Gandum Pun Menjadi! CARA MASAK MEE BANDUNG Bahan kisar: 2 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 10 tangkai lada kering (kurangkan jika tak nak pedas) 2 paket udang kering Bahan-bahan lain: ½kg mee kuning Segenggam kacang tanah (goreng dan tumbuk) 2 sudu tepung gandum (bancuh dengan air biar cair) Gula Garam Ajinomoto Daging Sotong Udang (ikut suka) Sawi Lobak merah Tauhu Daun sup Bawang g...

Cacar monyet berjangkit sebelum pesakit bergejala

LONDON – Satu kajian baharu mendapati pesakit cacar monyet boleh menjangkiti orang  lain sebelum dia menunjukkan gejala, manakala keadaan sedemikian menjadi punca penularan wabak tersebut pada masa ini, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Kajian diterbitkan British Medical Journal itu dilakukan oleh Agensi Keselamatan Kesihatan Britain. Penyelidikan itu menganalisis lebih 2,700 pesakit cacar monyet di  Britain bermula  dari 6 Mei hingga 1 Ogos lepas.

Hasil kajian mendapati bahawa 10 pasangan positif cacar monyet sebelum mempunyai gejala. Berdasarkan penemuan itu, pasukan saintis terbabit menyimpulkan bahawa 53 peratus kes cacar monyet disebabkan oleh penularan pragejala.

Kajian sama turut mendapati virus cacar monyet boleh menular sehingga empat hari sebelum pesakit menunjukkan gejala. Antara gejala cacar monyet  ialah luka, demam,  nodus limfa bengkak, sakit kepala, sakit urat, sakit belakang dan kelesuan.

“Banyak lagi yang perlu dilakukan untuk memahami penularan tanpa simptom dan penularan pragejala cacar monyet. Ia penting untuk membentuk dasar masa depan dan pengurusan wabak,” kata Pengarah Insiden Cacar Monyet Agensi Keselamatan Kesihatan Britain, Nachi Arunachalam.

Sejak awal Mei tahun ini, kes cacar monyet telah dilaporkan di negara-negara di mana wabak tersebut bukan endemik, dengan Benua Eropah dan Amerika Utara mencatatkan kes paling banyak.

Kebanyakan kes yang dilaporkan setakat ini dikenal pasti melalui perkhidmatan kesihatan seksual atau lain-lain kemudahan penjagaan kesihatan sekunder.

Ia sebahagian besar melibatkan lelaki yang melakukan hubungan sejenis. – Agensi 

The post Cacar monyet berjangkit sebelum pesakit bergejala appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!