Resepi Daging Masak Hitam, Gaul Dengan Bawang Goreng Baru Sedap Menyengat!

Imej
https://ift.tt/2p1LYrZ Sebelum menyambut Hari Raya yang bakal tiba, kenalah cuba kemahiran memasak dahulu. Jadi untuk lauk berbuka hari ini, anda boleh masak resepi Daging Hitam yang sedap. Daging Masak Hitam terkenal dengan rasanya yang kaya dan sedikit pedas. Biasanya, ia dimasak menggunakan potongan daging yang empuk dan dimasak perlahan bersama rempah. Jaja Noriza telah kongsikan rahsia dalam resepi Daging Hitam di Facebook yang ternyata mendatangkan hasil sungguh lazat tak terhingga. Jom kita cuba! Baca juga: Air Asam Daging, Lauk Tunggu Gaji Ini Buat Orang Terliur Hirup Kuahnya RESEPI DAGING HITAM Bahan-bahan: 1kg daging (diperap dengan kicap pekat, kicap manis dan sedikit gula) 1kg bawang goreng (lebih sedap bawang digoreng sendiri, guna bawang kecil lebih sedap) 1 senduk cili kisar (jika suka pedas , boleh lebihkan) Kicap pekat Kicap manis Air asam jawa Kicap masin Garam dan gula secukupnya Air Minyak masak (untuk menumis) Cara-cara memasak: 1. Mula-...

Sebulan Dua Kali Hamil

Sebulan Dua Kali Hamil

Wanita di United Kingdom (UK) berkongsi pengalamannya hamil sekali lagi dalam tempoh selang 28 hari.

Portal News Yahoo melaporkan, Sophie Small, 30, pengajar renang dari Herefordshire menyambut kelahiran Holly dan Darcy, pada hari sama, walaupun jarak hamil antara keduanya adalah hampir sebulan.

Ia kerana dia mengalami fenomena dikenali sebagai superfetation iaitu kehamilan baharu selepas kehamilan yang pertama.

Sebelum ini, Sophie dan suaminya, Jonathan, 34, sudah dikurniakan seorang anak lelaki bernama Oscar yang berumur enam tahun dan mencuba untuk mendapatkan anak lagi.

Akhirnya, Sophie disahkan hamil pada Disember 2019.

Walaupun Sophie berasa dia sudah hamil, pasangan itu terus ‘mencuba’ sebelum disahkan hamil seorang lagi bayi, sebulan kemudian.

Sophie menyedari dirinya hamil selepas mengalami simptom mual dan menjalani imbasan kehamilan ketika kandungan pertama berusia tujuh minggu.

Hasil ujian imbasan mendapati Sophie hamil anak kembar tetapi kedua-dua bayi itu berbeza saiz dan ia menyebabkan doktor menjadi keliru.

Pasangan itu hanya mendapati kembar itu tidak dikandung pada masa yang sama selepas kelahiran dua bayi itu pada Ogos 2020.

Darcy dilahirkan dengan berat 1.87 kilogram (kg) dan kakaknya dilahirkan dua minit kemudian dengan berat 2.75 kg.

Selepas kembar itu dilahirkan, Sophie berkata, terdapat perbezaan 35 peratus berhubung tumbesaran mereka sebelum doktor menyedari bahawa dia hamil bayi pertama dan kedua, selang empat minggu.

“Darcy adalah ‘bayi 32 minggu’ dan Holly adalah ‘bayi 36 minggu’.

“Saya tidak pernah mendengarnya. Saya tidak tahu bagaimana ia berlaku,” katanya.-hmetro

The post Sebulan Dua Kali Hamil appeared first on BadusInfo.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!