Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

5 Cara Paling Mudah & Berkesan Halau Lalat Di Rumah, Confirm Tak Kena ‘Serang’ Dah!

Masalah lalat di rumah sudah tentunya satu perkara yang merimaskan dan menjadi semakin geram jika semua makanan penuh dengan telurnya. Bagi mengelakkan sesuatu tidak diingini berlaku, anda perlu cuba cara halau lalat seperti perkongsian di bawah ini.

Jangan risau, lima cara tersebut mudah sahaja kerana semua bahan sudah tentunya ada di rumah. Pasti tiada lagi lalat menyerang rumah anda.

Baca juga: 5 Cara Cuci Barang Kemas Di Rumah, Jimat Duit & Confirm Berkilat-Kilat!

5 CARA HALAU LALAT PALING BERKESAN & MUDAH

CARA HALAU LALAT

1. Susu, gula dan lada hitam

Sekiranya tanaman anda sering diserang oleh lalat buah, boleh cuba menggunakan tips di bawah. Anda hanya perlu:

– Satukan semua bahan di atas dan reneh selama lima hingga sepuluh minit.

– Tuangkan ke dalam mangkuk dan lalat buah akan mula ‘menyerang’ adunan tersebut.

2. Cuka

Cara seterusnya untuk menghalau lalat di rumah adalah dengan menggunakan cuka. Anda hanya perlu didihkan cuka untuk beberapa minit dan letak di kawasan yang penuh lalat.

Pasti lalat tidak akan ‘menyerang’ kerana tidak minat bau cuka tersebut.

3. Sabun cuci pinggan

Cara halau lalat yang selanjutnya adalah dengan menggunakan sabun cuci pinggan. Sediakan:

– Campurkan semua bahan dan gaul sehingga serbuk borax larut.

– Masukkan ke dalam botol dan sembur pada tempat yang banyak lalat.

*Serbuk borax boleh dibeli di Shopee.

4. Pati minyak cengkih

Lalat tidak suka dengan bau cengkih, jadi anda boleh menggunakannya untuk menghalaunya. Caranya:

  • ½ cawan air
  • 5 titis minyak cengkih
  • 5 titis minyak kayu manis (pilihan)

– Campurkan semua bahan di atas dan goncang sehingga sebati.

– Sembur di kawasan yang mempunyai masalah lalat.

5. Jaga kebersihan

Lalat secara semula jadi tertarik kepada makanan, sisa makanan dan bahan organik lembap yang lain. Pastikan anda menjaga kebersihan rumah seperti di bawah:

– Simpan semua makanan apabila tidak digunakan.

– Buang makanan dan basuh pinggan selepas makan.

– Bersihkan makanan yang tumpah dengan segera.

– Tutup tong sampah dengan rapat dan jangan biarkan berkumpul di rumah.

– Simpan bahan kompos dalam bekas bertutup.

– Basuh tong sampah dan penutup dengan kerap dengan menggunakan air panas serta sabun.

Sekiranya anda mempunyai masalah lalat di rumah, cuba halau menggunakan tips yang dikongsi.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Cara Bersihkan Perabot Kayu Guna Cuka, Baru Kekal Berkilat & Habuk Susah Melekat!

Sumber: Tips Bulletin

The post 5 Cara Paling Mudah & Berkesan Halau Lalat Di Rumah, Confirm Tak Kena ‘Serang’ Dah! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!