Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Langgar dua anggota polis, pengedar dadah ditembak mati

LAHAD DATU – Polis menembak mati seorang pengedar dadah ekoran tindakan melanggar dua anggota polis yang cuba menahannya di tepi jalan, Jalan Plum Oil Industrial Cluster (POIC) Phase 2, semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad berkata, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu bertindak menahan sebuah kereta jenis Perodua Viva dipandu seorang lelaki kerana disyaki terbabit aktiviti pengedaran dadah dalam kejadian sekitar pukul 11.45 pagi itu.

“Sewaktu hendak ditahan untuk pemeriksaan, suspek secara tiba-tiba mengundurkan keretanya dengan agresif dan melanggar salah seorang anggota dalam pasukan serbuan terbabit.

“Suspek kemudiannya membuat pusingan U dan memecut kereta dipandunya dengan melawan arus dan turut melanggar seorang lagi anggota dalam pasukan yang cuba menghalang lelaki berkenaan.

“Bagaimanapun, anggota berkenaan sempat melepaskan tembakan ke arah kereta suspek bagi tujuan mempertahankan diri sebelum dilanggar.

Barangan yang ditemui dalam kenderaan suspek. -Foto: IVAN AMIRUL

“Suspek memecut kereta dipandunya kerana cubaan melarikan diri daripada ditahan oleh pasukan serbuan dan kemudian dilihat terbabas pada jarak 400 meter dari tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mengulas lanjut, Rohan berkata, pemeriksaan lanjut mendapati suspek tidak sedarkan diri dan terbaring di bahagian tempat duduk penumpang sebelah kiri.

Menurut beliau, suspek disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan bertugas.

“Pemeriksaan lanjut polis merampas dadah disyaki syabu seberat 7.45 gram bernilai RM1,490, dua samurai dan kereta Perodua Viva.

“Suspek warga tempatan berusia 28 tahun dan hasil semakan mendapati suspek mempunyai lima rekod kesalahan lampau membabitkan jenayah narkotik dan komersial (wanted),” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas kesalahan cuba bunuh dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 atas kesalahan pengedaran dadah jenis syabu. – KOSMO! ONLINE

The post Langgar dua anggota polis, pengedar dadah ditembak mati appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!