Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Resipi Mi Goreng Mamak, Buat Jiran Sebelah Terliur!

https://ift.tt/C4XPLdI

resipi mi goreng mamak

Pagi ini kami kongsikan resipi mi goreng mamak yang boleh buat teringat-ingat. Makan pula bersama teh tarik memang orang kata, ngam soi.

Resipi ini terlalu mudah untuk anda cuba dan olah mengikut selera sendiri. Dalam 30 minit sahaja masa penyediaan mi goreng mamak ini.

Jom kita baca di bawah.

Baca lagi: Bukan Saja Boleh Panaskan Makanan, Rupanya Ada 7 Fungsi Lain Microwave

RESIPI MI GORENG MAMAK

Bahan-bahan:

  • 450g Mee Kuning (sesuai untuk 5 orang makan)
  • Lada kering, bawang merah, bawang putih (dikisar bersama sebagai bahan tumis)
  • Sayur Sawi atau Taugeh (mengikut citarasa)
  • Fish cake atau Fish ball (dihiris mengikut saiz pilihan)
  • Sotong atau Udang (dibersihkan dan dipotong mengikut saiz pilihan)
  • 2 biji telur
  • 6 sudu makan Kicap
  • 2 sudu makan Seafood Sos Adabi
  • 2 sudu makan Sos Cili
  • Setengah paket Perencah Maggi Kari
  • Garam (secukup rasa)

Cara Penyediaan Mee Goreng Mamak:

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis lada kering yang telah dikisar bersama bawang merah dan bawang putih. Kacau hingga bahan tumis naik bau dan garing. Pastikan api tidak terlalu besar supaya bahan tumis tidak hangus.

2. Setelah bahan tumis garing, masukkan 2 sudu makan seafood sos Adabi, 2 sudu makan sos cili, 6 sudu makan kicap, dan setengah paket perencah Maggi Kari.

3. Tambahkan sedikit air untuk menghasilkan kuah yang sedikit, agar mee lebih lembut dan tidak kering. Kacau hingga semua bahan sebati.

4. Masukkan sotong atau udang yang telah dibersihkan, serta fish cake atau fish ball yang telah dihiris. Biarkan bahan-bahan ini masak sebentar dalam kuah sehingga sotong dan udang bertukar warna dan fish cake sedikit kembang.

5. Masukkan sayur sawi atau taugeh, bergantung kepada pilihan anda. Pecahkan dua biji telur ke dalam kuali dan kacau sehingga telur sebati dengan bahan tumisan. Perasakan dengan garam secukupnya, tetapi pastikan anda rasa terlebih dahulu kerana perencah Maggi Kari dan kicap juga sudah memberikan rasa masin.

6. Akhir sekali, masukkan mee kuning yang telah dibasuh bersih ke dalam kuali. Gaul sebati dengan bahan tumisan sehingga mee berwarna rata dengan kicap dan sos.

7. Pastikan semua bahan bercampur dengan sekata dan mee goreng masak sepenuhnya. Jika mee kelihatan terlalu kering, tambahkan sedikit air dan kacau perlahan-lahan.

8.  Setelah mee masak sepenuhnya dan semua bahan telah sebati, angkat dan hidangkan Mee Goreng Mamak panas-panas.

9. Hidangan ini boleh dimakan begitu sahaja atau dihidangkan bersama hirisan limau nipis untuk rasa yang lebih segar.

Tips untuk Mee Goreng Mamak yang Sempurna:

  • Pastikan mee kuning dibasuh bersih untuk menghilangkan rasa kapur dan minyak yang berlebihan.
  • Anda boleh laraskan kuantiti lada kering mengikut tahap kepedasan yang diinginkan.
  •  Boleh juga ditambah bahan lain seperti daging atau ayam jika ingin variasi rasa.
  •  Jika suka, boleh juga tambahkan lebih banyak telur untuk tekstur yang lebih kaya.

Sumber: Ibu Resepi

Baca lagi: Resipi Ayam Lemon Tak Jemu Mengunyah, Memang Nombor Satu!

 

The post Resipi Mi Goreng Mamak, Buat Jiran Sebelah Terliur! appeared first on MyResipi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!