Remaja 14 Tahun Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Kekasih
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Remaja 14 Tahun Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Kekasih
Seorang remaja lelaki mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membunuh kekasihnya pada Januari tahun lalu ketika dihadapkan di Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini.
Tertuduh warga Indonesia berumur 14 tahun itu tidak mengaku bersalah membunuh mangsa yang ketika itu berumur 13 tahun selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Duncan Sikodol.
Baca: Remaja Hilang Hampir Jadi Mangsa ‘Predator Seks Snapchat’
Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan kematian mangsa yang juga warga Indonesia di sebuah ladang di Jalan Kalabakan antara jam 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang, 4 Januari 2023.
Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 24 kanun sama yang memperuntukjan hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun serta tidak lebih 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudian menetapkan tarikh perbicaraan kes pada 10 hingga 14 Februari 2025.
Dalam prosiding yang sama, mahkamah dimaklumkan seramai tujuh orang saksi pendakwaan akan dipanggil sepanjang perbicaraan itu nanti.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Suhaimi Suriana, manakala tertuduh diwakili peguam Liew Hon Min. – Info X
The post Remaja 14 Tahun Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Kekasih appeared first on BadusInfo.com.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan