Cara Rawat Rambut Gugur & Botak Guna Air Rebusan Ini, Pasti Makin Lebat!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Masalah rambut gugur sudah tentunya boleh mengganggu keyakinan diri seseorang. Bagi mengatasi hal ini, anda boleh cuba cara nak lebatkan rambut menggunakan air rebusan rosemary.
Menerusi perkongsian Puteri Kasim, air rebusan ini sangat mudah untuk dilakukan dan sudah tentunya lebih jimat berbanding melakukan rawatan di kedai. Jom cuba!
Baca juga: Rahsia Cuci Tandas Yang Ramai Tak Tahu, Lantai Pasti Tak ‘Berkerak’!
CARA NAK LEBATKAN RAMBUT GUNA DAUN ROSEMARY
Hanya dua bahan diperlukan untuk membuat air semburan ini.
Bahan-bahan diperlukan:
- Daun rosemary segar
- Air secukupnya
Cara-cara penyediaan:
1. Buka api dan biarkan air mendidih.
2. Setelah mendidih, masukkan daun rosemary segar.
3. Rebus sehingga air menggelegak dan tutup api.
4. Biarkan air rebusan sehingga sejuk.
5. Kemudian, tapis dan masukkan air rebusan ke dalam botol.
6. Lebih mudah sekiranya menggunakan botol jenis semburan.
7. Setelah itu, sembur setiap hari di bahagian rambut yang berkurang dan urut perlahan-lahan.
Boleh cuba cara nak lebatkan rambut ini setiap hari. Antara kelebihan lain air rebusan ini adalah:
- Menghilangkan kelemumur
- Menguatkan rambut
- Rambut semakin tebal
- Mengurangkan masalah kulit kepala gatal
Jadi, jangan lupa cara nak lebatkan rambut seperti dikongsikan ini ya.
Semoga artikel ini memberi manfaat kepada pembaca semua!
Baca juga: Tips Cuci Dapur Gas Sampai Berkilat, Kotoran Degil Hilang Sekelip Mata!
Sumber: Puteri Kasim
The post Cara Rawat Rambut Gugur & Botak Guna Air Rebusan Ini, Pasti Makin Lebat! first appeared on SirapLimau.com.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan