Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Jangan Tinggal 3 Dokumen Penting Ini Kalau Nak Bawa Kereta Sendiri Masuk Thailand

Sekiranya anda memilih untuk memasuki Thailand menaiki kenderaan sendiri, ini cara bawa kereta ke Thailand yang anda perlu tahu.

Untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku, pastikan anda membawa tiga dokumen penting ini. Barulah boleh bercuti dengan tenang.

Baca juga: Ibu Kongsi Itinerari Lengkap Pengalaman Percutian 14 Hari Ke Thailand Bersama 2 Orang Anak

CARA BAWA KERETA KE THAILAND, JANGAN TINGGAL 3 DOKUMEN INI

CARA BAWA KERETA KE THAILAND

Ada 3 benda utama kena sediakan:

1. PASSPORT 

Pastikan masih valid dan tiada sekatan kepada passport. Nanti isi borang ketibaan dan cop passport di border. Kalau tak pandai isi, akan ada orang boleh tolong isikan (kena bayar RM2)

2. GERAN KENDERAAN

Bawa yang original. Kalau tak ada yang original, sila ke JPJ dan minta salinan. Bayaran RM50 untuk dapatkan salinan daripada JPJ.

Jangan liminate geran. Nanti tidak diterima.

3. INSURANS KENDERAAN 

– Boleh beli di pintu sempadan atau di kaunter semasa nak isi borang simplified customer declaration form. Kalau nak masuk sekejap, beli untuk seminggu, harga dalam RM20. Ada juga dijual untuk setahun dan 6 bulan.

Bila dah settle dan dah siap cop passport, terus ke kaunter khas untuk kemasukan kereta. Serahkan passport, geran kenderaan dan insurans kereta (Thailand).

Kemudian mereka akan keluarkan simplified customer declaration form. Lepas dah dapat Form dari pihak sana, keluar pergi minta cop dekat pegawai mereka di luar. Dia cop & kita sign. Kiranya macam perjanjian la.

Kemudian boleh teruskan perjalanan anda ke sana menikmati makanan dan tempat menarik.

Jangan lupa bagi balik borang simplified customer declaration form masa cop passport keluar. Kalau tak nanti susah anda nak bawa kenderaan pada masa depan.

Sekian. Semoga tips ini bermanfaat.

Baca juga: Hati-Hati Bercuti Ke Kundasang, Kalau Pertama Kali Kena Baca Tips Ini Dulu

Sumber: Facebook Ammar Naufal

The post Jangan Tinggal 3 Dokumen Penting Ini Kalau Nak Bawa Kereta Sendiri Masuk Thailand first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!